Subscribe:

Saturday, December 12, 2009

Diri Aku Di Kolej 10

Aku menjawat jawatan Biro Kaunseling dan Kerjaya, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10. Sebelum aku menjawat jawatan ini, aku telah di trainkan untuk menjadi seorang pemimpin di Pulau Pangkor. Nama kem yang kitaorang pergi, ialah Kem Raudah. best tempat tu. Siap boleh minum air bukit lagi. punya la sedap. lps ja minum terus sejuk badan. lagi satu pengalaman yang tak boleh blah, dalam explorace kena makan 3 jenis saiz cili api. mau tak berasap telinga dibuatnya. memang menguji kesabaran betul benda-benda nie semua. klu tak sabar mau berenang aku balik ke lumut. sabar ajala....

bersambung........

Sunday, December 6, 2009

Sabtu, Dis 5, 2009

aku sedar jam meja 5.30 pagi. Aku tengok rakan sebilik aku tengah memengang talefon bimbitnya. pada mulanya aku ke sebuah kampung.
bila aku sampai saja di kampung itu, aku terlihat penduduk kampung itu berhimpun di suatu kawasan. kawasan itu menghala ke arah
sawah padi. aku mendekati orang yang berkumpul itu. bila aku makin dekat, tengkok ku meremang. rupanya, aku baru tahu yang
berkumpul tiu, bukanya manusia, tetapi makhluk lain. aku bertanya, tengah buat apa sebenarnya. diorang kata tengah bertanding
jeritan sapa paling kuat dan paling lama. aku dengar, seronok dan aku pun join. bila aku join, aku pun jerit r....
aku sedar, rakan sebilik aku pun sedar sambil dia pegang hanset dia. aku tanya ada apa-apa ker? dia kata dia tersedar bila dia
dengar aku cakap mat salih.(speaking english), then menjerit lepas tu. aku dengar apa yang dia cakap, aku just senyum
saja la... 

bersambung..........

Selasa, Dis 2, 2009

aku tiba di asrama. jam ditangan menunjukkan jam 4.00 petang. Dalam perjalanan ke bilik setelah mendapat kunci,
aku dikejutkan dengan seseorang wanita tua yang pengsan ketika berjalan. aku mendapati wanita tua itu. pada mulanya
aku fikir itu hanyalah pengsan biasa. tetapi, setelah aku istighfar ditelinganya, aku terkejut yang wanita tua itu terjaga
dengan mata yang merah. aku dah syak itu ada yang tak kena, dan perlu diperbetulkan. Aku memberanikan diri aku
bertanya siapakah dia? wanita tua itu menjawab dengan suara lelaki berusia 40-an, dia berkata aku jin yang ada dalam
badan wanita tua itu. Aku tanya, kenapa masuk dalam badan wanita itu? dia kata aku saja masuk dalam badan dia. 
aku dengar jawapan dia itu, aku cuba untuk keluarkan dia dari badan wanita itu. dengan berbekalkan ayat kursi, 
aku berlawan dan berusaha mengeluarkannya. pada mulanya, jin itu pun melawan dan tak mau keluar. lepas dipaksa,
akhirnya dia keluar juga. lepas jin itu berada dalam genggaman aku, aku berasa bahawa, genggaman aku terasa panas.
aku cuba benamkan jin itu ke perut bumi. tp bila aku benamkan dia ke perut bumi, tanganku melantun kembali, sehinggakan
aku hampir-hampir terpelanting. aku tersedar. jam ditangan pukul 5.30 petang. aku lekas bangun dari tidur dan bersiap untuk mandi.
lepas itu, aku lakukan solat asar. Alhamdulillah. rupanya aku bermimpi. Mimpi sememangnya mainan tidur dan gangguan dari syaitan yang direjam.

bersambung......

Thursday, December 3, 2009

Thursday, Disember 03 2009

Aku tiba di asrama jam 6.00 pagi. Sampai2 saja terus aku tuju ke surau tuk solat subuh. sambil menunggu pejabat buka, aku sambung tadarus Quran, Surah Yusuf. tak juga habis satu surah. urmmm.... dah selesai tadarus Quran, aku gi lepak kat luar pejabat. tunggu punya tunggu, pukul 8.00 pagi, pejabat buka. aku pun masuk tuk ambil kunci. Mula-mula aku cakap nak sewa sampai 6 hari bulan, tp, kak pejabat tu kata tak perlu bayar. Tau kenapa? sebab, aku tunjuk surat kursus JKM kolej, terus dapat duduk free... tidak kena bayar aku. sehari RM3.50. jadi jumlah yang perlu aku bayar, RM17.50. Alhamdulillah... rezeki aku. suka gak. huhuhuuu... duit tu, leh aku bua belanja. urm... sunyi. tak da sapa pun lagi yang dah balik. ada la 2, 3 orang yang tak balik. OK la. tak la sunyi sangat. sat-sat lagi diorang melalak menyanyi lagu menda tah. kadang2 tu, kelakar pun da. yang penting, aku tak sendirian. aku bangun tdo, dalam pukul 5.30 ptg. mandi2, then, solat asar. kuar r gi cari makan. ingatkan arked 9 buka. tp tutup plak belah malam. tadi tengah hari buka. tak per la, so, aku pun gi la cafe meranti. mlm nie aku layan nasi goreng ayam tiga rasa n air teh ais. layan gak sedap dia. hah satu lagi benda paling aku suka, intenet laju.... sebab, ramai tak balik lagi. try klu da orang dah balik. fuh... memang menguji kesabaran. slow ya amat. tak aku ok ja. sbb bilik aku always dpt intenet. wireless.... uhuhuuuu...

bersambung......

Monday, November 23, 2009

Lama tak coret hal-hal RED MAFIA. Untuk makluman pembaca semua, ahli-ahli RED MAFIA sekarang,
semua dengan hal masing-masing. Mazuan, Arif dan Farid sambung belajar di UTM Skudai. Ishak dah bekerja.
Sekarang pun dia sudah menjadi salah seorang anggota TM. Kakitangan TM. Hebat! life dia pun dah mula stabil.
dengan gajinya, dengan pekerjaannya, Senang cerita, ada la benda yang perlu dia lakukan. Amir, di MMU Cyberjaya.
Dia memang gemar dengan design-design nie. so, tak salah la dia lebih cenderung ke bidang design tu.
nak di jadikan cerita, kami nie, masing-masing ada gelaran tersendiri. Mazuan dengan Maxwhere. Amir dengan Amen.
Farid dengan Reamination CS dia. Ishak dengan Sahak Zast. aku, Arif dengan RedZoneCrimenya. semua
nak nama glamour. Klakar pun ada. tp, itulah kami. macam-macam ada.

bersambung....

Monday, November 16, 2009

Cuti....Cuti...Cuti....


Semua orangdah balik. Aku saja belum balik. Bila difikirkan, huh.... hati nie, memang dah dekat rumah. tak danya kat sini. yang ada hanya jasad. Kelam-kabut dibuatnya dengan pengurusan persatuan. Macam-macam benda aku fikirkan untuk persatuan. Nak yang nie, nak yang tu.... senang kata, semua nak. Janji puas hati. Tak boleh juga mcm nie. Kena buat paln yang sebetul-betulnya. Barulah jadi seorang pelajar cemerlang. Tak gitu??? Sekarang aku nak balik. Selamat tinggal UTM untuk 3 minggu. After 3 weeks we see again...

Sunday, November 8, 2009

Lelaki

Name Card

Sunday, October 18, 2009

Raya Di Rumah Din - SCR





Wednesday, October 14, 2009

Selamat Hari Jadi Ke-21







Tuesday, October 6, 2009

Pertandingan Membina Blog







Sunday, October 4, 2009

Jadual Final

26-10-2009 : Java
28-10-2009 : English for Academic Comm
30-10-2009 : Comp Mathematics
31-10-2009 : Software Engineering
06-11-2009 : Modeling and Simulation
07-11-2009 : Human Comp Interaction

Monday, September 28, 2009

Ziarah Menziarahi Di 'Aidilfitri 1430H

Selamat hari raya di ucapkan. Nie beberapa keping gambar ana postkan untuk tatapan sebagai kenangan ana pergi ke rumah kawan ana semasa raya 'Aidilfitri hari tu... Layan....





Sunday, September 27, 2009


Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA)

Sumber gambar dari : blogsayamanis.blogspot.com

Dengan Perlantikan Barisan Majlis Tertinggi di Majlis Mesyuarat Agung Tahunan pada 11 September 2009 yang lalu telah menampakan wajah-wajah baru para pemimpin PERSAKA bagi sesi kali ini. Di harap, dengan perlantikan wajah-wajah baru ini, membuka satu peluang yang besar malah membuatkan persatuan ini menjadi satu persatuan yang aktif, kreatif dan inovatif.

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika selama ini, aku terkasar bahasa, mengutuk dari belakang, mengutuk dari depan, secara nyata, terang-terangan mahupun secara tersembunyi. halalkan makan dan minum aku, jika ada aku makan dan minum dari titik peluh korang, dari duit pinjaman korang. halalkan semuanyanya...

bila senang-senang nanti, datang la rumah... rumah aku sentiasa terbuka untuk korang. jangan malu-malu ye... datang jangan tak dtg...

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430M


Dari Siti Hajar :

"Kian Jauh Tirai Syaaban,
Kian Dekat Lambaian Ramadhan,
Luhur Iman Ikhlas Amalan,
Luhur Ibadat Diberkati Tuhan,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

*************************************************************************************

Dari Tirah :

"Menyingkap Lembaran Ramadhan, Buat Sekian Kalinya,
Pertingkatkan Iman, Perbanyakkan Amalan, Dekatkan Diri Pada yang Esa,
Mencari Cahaya Dicelahan Hari-hari Dibulan Rahmat,
Mencari Ketenangan Disisipan hari-hari Dibulan Berkat,
Moga Segalanya Diberkati Ilahi....Insya Allah...."

*************************************************************************************

Dari Dyra :

"Air Nyior Air Kelapa,
Jatuh Atas Wayar elektrik,
Bulan Ramadhan Hari Ini bermula,
Jangan Pula Buat-buat Gastrik.
...
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DIBULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"

*************************************************************************************

Dari Hiswan :

.i. c* .i.
* |.| _L_ |.| *
.|.|_(""""")_|.|.
.:|.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.|:.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAH AL-MUBARAK

*************************************************************************************

Dari Adnan :

"Tiada Kata Seindah Zikir,
Tiada Ibadah Seindah Puasa,
Tiada hari Seindah Jumaat,
Tiada bulan Seindah Ramadhan,
Tiada Waktu Seindah Syawal,

Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup memohon maaf untuk kata-kata yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan hati agar kita kembali fitrah.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA."

Wednesday, August 19, 2009

Konvokesyen Ke-43

Semuanya sudah pun selesai. masing-masing dengan haluan sendiri. Bila nak jumpa lagi, entah la. mungkin masa reunion? tapi bila? hmmmm... apa yang penting sekarang, teruskan daya usaha dan focus kepada kejayaan dunia dan akhirat. Apa yang penting, PERSAHABATAN.

TANIAH UNTUK SEMUA GRADUAN
DIPLOMA SAINS KOMPUTER (MULTIMEDIA)


RIBUAN TANIAH AKU UCAPKAN




Taniah aku ucapkan pada geng2 yang lain terutama RED MAFIA. Pada Mazuan, Amir, Farid, dan Ishak. Tidak lupa juga pada Fikri, Hazmeeer, Nasa, Iqbal, Wan Lan, Zai, Najla, Mimah, Husna, Suraya, Fatin, Faezah, Khai, Wawa, Tirah, Muiz, Ayu, Miza, Lia, Mirun, dan kawan-kawan yang lain. TANIAH diucapkan.

Saturday, August 15, 2009

Reunion + Convocation Event RED MAFIA

Minggu ini, merupakan minggu yg penting bagi kami ahli RED MAFIA, bak kata org cukup forum. hahaha.... da lama tak bersua muka, akhirnya, kali ini, hasrat untuk bersua muka, akhirnya, tercapai juga. bertuah rasanya hati nie. Ada 2 event penting dalam majlis konvo kali nie, 1. makan malam dan hari konvo. Makan malam pada 17 Ogos 2009, di Dewan Seroja. huhuhu.... dapat jemputan kot... dan konvo, pada 19 Ogos 2009, rabu pagi, di Dewan Sultan Iskandar. Tak sabar dah nie.... huhuhuhu.....

Tuesday, August 11, 2009

Konvo...Konvo...Konvo...

Makin hangat konvo kali nie... tak sabo kawan hai...

KONVO

KONVO

KONVO

Wednesday, August 5, 2009

Konvokesyen Ke-43

kepada semua kawan2 yg kenal diri ini, mai la jemput datang ae.. kat UTM skudai.. ala, jgn la malu2... kalau malu, jom aku bawa gi hulu bernam. k... apa2 pun, klu datang, sms atau kol dulu. senang aku nak buat persiapan t. OK. mai la tengok aku pakai jubah UTM tu.. bukan sebarang orang dapat pakai jubah tau. ingat.. dtg. klu tak datang, aku usya hang pa t.

Wednesday, July 8, 2009

Kembar Tak Seiras

Ana bersama sahabat ana, Wan
Amcm Seiras tak???

Ana dengan sahabat ana, Amir.
Mcm mn Seiras???

Ana dengan artis Rosyam Nor.
Seiras kan!
hahahaha.....

Bersama Kawan-kawan di UTMKL siri 2

Nie time tunggu nak ambil MUET, paper writing. Tengah lepak-lepak dekat dataran cantik.
Baju putih : Nasa, Biru Gelap : Fikri

Time nie semasa kat Bandar Sunway. Gi birthday anak buah.
Kiri : Ana, yg melambai tangan tu : Amir, Kanan : Farid.

Gambar nie time kat luar surau rumah taman yang kita orang pergi.
dari kiri : Farid, Ana, dan fikri

Gambar yg diambil tengah lepak2 dekat dataran cantik sementara menunggu paper listening, MUET. Dari kiri : Sahak, Farid

Time sama dengan gambar atas.
Dari kiri : Iqbal dan Hazmeer.

Time sama dengan gambar diatas.
Dari kiri : Amir, Ana, Rahmat.

Pizza Hut

Sebelum tu, nak ucapkan bebanyak terima kasih pada Nurawaidah atau kita orang panggil dia Wai. Sbb dia la yg belanja kami semua makan pizza. Dalam 6 ke 7 keping juga kami makan time tu... yang pergi, semua bebudak silat cekak hanafi. Memang cara-cara macam nie la kami semua rapat macam adik beradik. Ini juga merupakan pertama kali ana makan pizza. Sebab apa? sebab dia mahal. hahaha... So tunggu orang belanja la... Rezeki ana...

Time nie nak control macho... tp tak jd plak. Jd ala-ala FBI plak... Adus.... Memperkenalkan beberapa geng silat Cekak Hanafi. Yang baju hitam tu, kita orang panggil dia Apeng. Yang belah kanan tu, yang dok tengok atas tu, nama dia Fikri.

Masa nie tak sedar langsung yang kwn duduk bertentangan ambil gambar. Selamatla tak korek hidung...

Time nie tengah pilih menu... Maklumla, org VIP, kena la tentukan menu untuk juadah ptg tu. hahahaha...

Time nie tengah menunggu pizza... punya la lambat. Dah berperang perut ana dok menunggu. ahak...ahak...ahak...

Galeri Ariff_Makhfudz

Lagi muka Ana... mcm biasa la nie kan
galeri Ariff_Makhfudz
...
beralamat http://redzonecrime.blogspot.com.
Masa, 24 jam selagi masih ada pengunjung yang ingin mengunjungi laman blog ini...
Gambar kat bawah nie bukan apa, sekadar memaparkan muka penulis dengan tujuan, agar pengunjung lebih mengenali diri penulis blog ini. Dapat tengok muka2 penulis yg latest, yang suka control macho, dengan pelbagai style dan free style. ahak...ahak...ahak...