Subscribe:

Tuesday, February 14, 2012

.:: Khasiat Kurma ::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Diserap Serta-merta

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
 
Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
 
 Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
 
Menambah Tenaga Seksual

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
 
Kandungan Kurma

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
 
Jus Kurma

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
 
 Kurma Dalam al-Qur'an

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 

Monday, February 13, 2012

Bila Aku Bersuara!!!

Semalam aku sampai JB Sentral, dari Taiping, 9 malam. 12 jam perjalanan... lama la... Sementara tunggu sahabat aku dtg ambil, Muhamad Syafiq Mohammed (Terima kasih abe...), tunggu dari jam 9 malam hingga 12 malam. sebab jem ada perayaan menda tah... kaum cina saja penuh kat sebelah dataran lapang sebelah CS. sambut apa entah la... urm... tp itu bukanpoint dia. Point dia sepanjang aku lepak kat pintu masuk JB Sentral, punya cuci mata dibuatnya. mana tidaknya, kiri kanan nampak betis putih, atas bawah nampak peha putih, dpn belakang namapk laki pompuan peluk-peluk, tengok sana, rambut pacak, tengok sini rambut perang. yg pakai boxer pun ada, awat yg tak pakai seluar dalam jer terus. siapa diorg tu, anak muda kita. Allah... sedih la... au tengok. mau geleng kepala aku dibuatnya. ada yg couple laki melayu, pompuan cina.. urm... akhir zaman doh... sedar la wei.. sedar...

Sunday, February 12, 2012

Secakir Kasih

Tanggal 12 Feb 2012, aku akan berangkat ke UTM JB dengan train. Harga tiket RM57 kelas kedua. Naik dari Stesen Taiping, terus ke JB Sentral. Semoga selamat dalam perjalanan. Tapi, walaubagaimana pun, malas aku nak balik UTM. balik pun tak tau nak buat apa. Kuliah tinggal sehari jer, hari khamis-3 jam. 8pm sampai 12pm. Kemudian PSM. memang bosan la nanti life kat UTM. Dulu berjawatan dalam organisasi, best la juga. ada juga kerja nak buat. lepas nie, urmmmmm... tak tau la... kena tanam niat tuk bersungguh-sungguh set DEKAN sem nie. InsyaAllah. Tapi, apa pun, dlm cuti aku kali nie, aku layan sangat2, mana tidaknya, 4 hari di KL, 3 hari di jerteh Terengganu, 7 hari di Kampung. 1 hari, lepak2 dengan abg aku, χεηιοη Freedomz Rytonez kat Bukit Merah. Dekat 5 tahun dah tak masuk taman tema air tu. RM15 jer pun, murah2... harga penduduk setempat. yg paling penting, bersama ayahanda dan bonda tercinta. Itulah secara ringkas life aku waktu cuti nie. masa kat KL sempat juga jumpa Sahak Zast geng RED MAFIA. gi jerteh, jd MC kenduri kahwin anak pengetua. Masa di kenduri rumah pengetua, lepak2 dengan Abe, Juka, dan Juwe. Hebatlah... Hbt la... Masjid Hadhari aku dah jelajah, Masjid kristal tak sempat nak g. Next time!

Friday, February 10, 2012

Dalam sunnah ada kejayaan

Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam
sunnah ada kejayaan.

Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum
makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita
ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah
akan beri ganjaran pahala sebab ikut
sunnah nabi.

Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar
pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak
nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa
kajian saintifik makan buah sebelum
makan.Biasanya makan buah selepas
makan sebagai pencuci mulut.Pelik.

Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah
ketinggalan zaman dan bertabiat pelik
secara saintifiknya.Makan buah selepas
makan adalah amat tidak menyihatkan.

Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya
dari Barat.Semua dari Barat adalah
betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum
yang bertamadun dan saintifik.Bukan
macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak
saintifik.

Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan
apabila tuan makan buah selepas makan
maka khasiat atau zat dari buah-buahan
tadi tidak dapat digunakan dengan
sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah
sentiasa memakan buah-buahan ketika
perut sedang kosong.

Kenapa?Sebabnya
ialah buah-buahan terutamanya tidak
dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia
dihadam di dalam usus kecil,di mana ia
mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya
terdapat kanji,kentang ataupun daging di
dalam perut,buah-buahan akan
terperangkap dan mula menapai.

Pernahkah
tuan memakan buah-buahan sebagai
pencuci mulut selepas makan besar dan
bersendawa dengan rasa tidak selesa
sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak
makan dengan cara yang betul.Tuan
SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN
KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.

Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah
ada kejayaan.

Thursday, February 9, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Dengan Nama Allah YAng Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Teks Pengacara Majlis Perkahwinan


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN …. & …
TEMPAT:
TARIKH:
 
 

Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak lagi bergaya, pasangan Raja Sehari; …NAMA POMPUAN... dan …NAMA LAKI…

Anak Cina memasang lukah 
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah 
Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan 
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

<MEMPELAI BERADA DI PENTAS>

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara 
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.

Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Tuan... dan Puan …. , saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua  tetamu jemputan pada hari  ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.
 

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua 
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai 
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan


Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ………………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan.


Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan dan akhirnya memutik rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.



Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.


Dengan itu, saya menjemput :



Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.
 

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
 

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
 

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu 
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu



Hadirin sekalin, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.


Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.
 

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya 
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Dr. Ab Latif Bin Ibrahim, ayahanda pengantin perempuan  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Aduhai NAMA PENGANTIN POMPUAN dan juga NAMA PENGANTIN LAKI
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar orang jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
 

Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek.


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.