Subscribe:

Thursday, July 7, 2011

10 Hari

Latihan Kecergasan

10 hari sudah berlalu aku di dalam kursus pra-KKN iaitu persiapan sebelum menjalankan kerja khidmat masyarakat di Indonesia. Banyak perkara aku belajar selama aku berkampung di KTR dan pusat ko-q. Untuk pengetahuan korang semua, selama aku hidup, ini pertama kali aku lalukan kerja-kerja buruh kasar sedemikian, mana tidaknya, tengok gambar bawah... :)

penuh bergaya memegang cangkul

Itu baru kerja-kerja mencangkul, aku buat kerja-kerja membersihkan rumput terlebih dahulu sebelum kerja-kerja meletakkan konkrit.

Kerja-kerja Membersihkan Rumput versi 1

Kerja-kerja Mencangkut Versi 2

Kemudian, nak dijadikan cerita, aku bancuh simen, hari pertama sahaja 5 bag simen aku kerjakan. Bila sudah rasa penat, aku beralih kerja pula, ratakan simen pada tempat berjalan kaki. baik di bahagian tepi jalan mahupun tengah jalan. dengan matahari, pergh... memang satu ujian dari Allah SWT.

Masuk sahaja hari ke-2, aku lakukan permulaan kerja aku dengan buat bancuhan simen, kemudian, agak penat juga waktu tu, terus aku lakukan kerja-kerja tolak kereta sorang, pecah rekod juga aku lakukan, mana tidaknya, 10 kali aku berulang-alik bawa simen. hebat...hebat...hebat... aku jer... :)

Kemudian, sebelah petangnya aku lakukan kerja-kerja mengecat wakaf dangan cat warna putih. bersemangat aku buat kerja-kerja mengecat nie. :)

1 teori aku belajar, iaitu,
Penuh satu kereta sorang = 12 kali skop pasir penuh.
1 bag simen = 4/5 kali kereta sorong yang penuh muatan.
formula bancuhan, 1:3:6 iaitu, 1 skop simen, 3 skop pasir, 6 skop aggregate.

pergh... memang mantap r aku kali nie...

Kemudian, lepas aku mengecat putih pada wakaf tu, dengan menyanyi irama senandung semalam, aku take part dalam mengorek lubang untuk tanam pokok hiasan. Kemudian, dan penat, aku buat kerja-kerja mengecop pula... best...best...best...

Selama aku dalam kursus pra-KKN ini, aku ada 3 kali malas sikit, nak tahu apa dia;

1. Khamis, 7/7/2011 - aku lewat ke Bengkel SL di Dewan KTR
2. Rabu, 6/7/2011 - Sehariaku tidak turun ke tapak projek gara-gara nak siapakan montaj pelancaran.
3. Selasa, 5/7/2011 - Aku tak turut serta dalam latihan kecergasan. :)

yang penting, aku enjoy..... :)

ariyos...

Saturday, June 25, 2011

Hari ini SABTU

27 jun 2011, jika kita tengok dalam kalender, hari isnin. bermulalah kursus service learning aku di KTR, Kolej Tun Razak. 3 minggu aku kursus gara-gara preparation untuk ke Indonesia pada 12 Julai nanti. seminggu pula tu di Indonesia. Jadi mat indon la aku kali nie. huhuhuuu....

Macam-macam aku pk. Program kolej la, MTM la, program-program akan datang la. Itulah amanah seorang pengerusi kalau korang nak tahu. Besar! bukannya mudah nak jadi ketua dalam sesuatu kelompok. Kalau nak ikut kata hati, dah lama dah badan nie atas katil. Tapi, sampai bila... memang dunia aku sekarang begini. Ini diri aku. Aku suka aktif dalam persatuan. Bagaimana unit beruniform... perghhhh... memang aku tak boleh blah dgn unit beruniform. dah tak minat. Sikit2 berkawat. Tapi... memang aku tak nafikan. Dengan berkawad, seseorang tu jadi berdisiplin, mantap. Itu, sejarah aku masa disekolah, aku penggemar unit beruniform. Sampai masuk peringkat negeri berkawad. Tapi, sekarang bila dah berkawad, urrmmm.. dah tak tahu sudah... Basic tu tahu la sikit2...

Aku balik dari indonesia 21 Julai. Tiba di KLIA pada hari yang sama. Kemudian, nak kena ke KL Sentral pula untuk running program khidmat masyarakat di Kelantan. Lepas tu, 25 Julai ada Kursus MTM, persiapan untuk krew. Huh... aku cuti 1 bulan jer itu pun bulan mulia, Ramadhan. Alhamdulillah... dapat juga aku bersama ayahanda dan bonda aku di kampung, melepaskan rinduku pada mereka. :) tak sabar nak balik. :)

3 September, raya ke-4 tu, dah kena balik ke UTM. Untuk uruskan pelajar baru masuk. Masya-Allah, besar sungguh ujian dia pada aku. Tak per, aku redha, dah memang jalan nie yang aku ambil. Aku terima. :)

Apa2 pun, aku buat semua kerana Allah semata-mata. Bukan pada nama, pada pujian, pada harta mahupun pangkat. Semua kerana Allah. itulah diri aku yg diberi mana MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ.

Tuesday, June 14, 2011

Kisah Aku

Petang tadi aku on9 fb, aku dapat mesej. Mesej dia begini "Assalamualaikum, saya minta maaf". Aku terfikir, adakah selama ini aku tidak perikemanusiaan dalam menjalankan tugasku sebagai seorang pemimpin di peringkat kolej. Kadang2 aku marah. bila aku baca kembali mesej tu, aku sedih. mengalir air mata aku teringatkan apa yg mereka lakukan. Tapi, aku hairan, dan terus hairan! Kenapa ketika itu, aku kol, seorang dari kalangan mereka tak angkat langsung panggilan aku. Mula la aku fikir yang mereka nie berpakat tak mau angkat kol aku atau apa. Tapi, aku didik untuk berfikiran positif. Apa yang aku fikir, barang kali waktu aku kol itu mereka sibuk dengan kerja lain. That why diorang tak angkat kol aku. Tapi, bila dah kol, faham2 la kol balik ker, atau sms tanya sebab mengapa. Ini tidak, membisu sampai sekarang. Aku memang menyesal dengan apa yang mereka lakukan. Kepada yang datang, terima kasih. Aku memang respect tinggi pada yang datang. Kepada yang datang... aku dah tak tahu nak fikir apa.

Ada kalanya sehingga aku terfikir, mampus korang la apa yang korang nak buat. Bukan hal aku. Tapi, aku pemimpin pada mereka. Aku tak boleh nak main ikut kepala aku. Bila aku main ikut kepala aku, tradisi berulang kembali dan ..... aku dipersoalkan kelak. Dimana amanah aku sebanarnya.

Selepas apa yang berlaku, aku malu dengan rakan seperjuangan aku di kolej yang lain. Malu dengan apa yg mereka sudah lakukan. Sehinggakan aku berfikir, lepaskan diorang sahaja. Tak perlu nak kusutkan kepala memikirkan amanah dan tanggungjawab mereka. Sepatutnya mereka tahu amanah dan tanggungjawab mereka. Tak perlu orang nak sibuk2 jaga tepi kain dia untuk mengingatkan amanah mereka. Kata Islam! so, mesti tahu benar apa kesannya bila tidak laksanakan amanah dengan baik.

Aku mempersoalkan kepada sahabat S aku, wajar tak jika aku melepaskan mereka. Sahabat S aku kata, better tanya dulu sebelum menjatuhkan sesuatu hukum ataupun mengambil sesuatu keputusan. Aku jumpa seorang lagi sahabat K aku pula, dia berkata padaku, Khalifah Saidina Uthman selalu kenang dan ingat kebaikan yang dia lakukan, tidak pula mengingatkan pada keburukan yang mereka lakukan. Lepas tu, aku mula terfikir... dan terus berfikir... menilai tindakan aku yang bagaimana memberi semua orang puas hati. :)

Apa2 pun, aku letakkan pada keredhaan Allah... Segala yang baik itu, datangnya dari Allah dan perkara yang tidak baik itu, datangnya dari Allah, atas khilaf aku sendiri dan aku sebagai perantaraan bagi-Nya kepada hamba-Nya.

Friday, June 10, 2011

Travel Ke Besut dan Kota Bharu

1 pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan. Pertama kalinya kau memijak kaki di Besut Terengganu. uhu... memang aku tak sangka. Separuh hari aku pusing Besut sahaja dengan keluarga mertua Pengetua Kolej aku. Aku tiba di Besut kira-kira pada jam 6.30 pagi. Aku sampai sahaja, terus aku capai sejadah dan solat Subuh. lepas tu, sujud syukur, sebab sampai dengan selamatnya. Kemudian, sarapan pagi tu, aku pekena nasi dagang. huh! lemaknya, manis nya. semua manis2 belaka. pedasnya, kurang bangat. Mak mertua pengetua aku bagi aku rasa pulut panggang. Rasa-rasa... lor.... manis juga. huhuhu..... manis belake... memang aku percaya la sekarang, yang orang pantai timur memang minat makan manis-manis. Urmmm....

Jam ditangan menunjukkan angka 10 pagi. Pada hari pertama, kami terus bergerak ke Kota Bharu yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Di sepanjang jalan, aku tengok banyak betul timun cina. Orang kelantan panggil tembikai timun cina. Sebabnya, rupanya memang sebiji macam sayur timun. Cina pula sebab dia bulat. macam kuih bulan. Itu la pasal, tembikai di kelantan jadi timun cina. Aku belajar perkara baru. Kemudian, aku perasan juga, tuak. Yang aku faham, di sarawak dan sabah sahaja yang ada tuak. sekali kat kelantan dan terengganu pun ada tuak. Baru aku tahu, yang dikatakan tuak tu, rupa-rupanya nira kelapa. urm... kat kampung aku famous dengan nira nipah. Sedap kampung aku lagi. huhuhuhu....

Bandar Pasir Puteh aku dah pijak. Cuma aku tertanya-tanya menda apa yang dimaksudkan oleh ayah mertua pengetua aku berkenaan dengan pasar? urm... teringin pula aku nak pergi pasar. Hah sebelum aku balik ke Johor Bharu, aku terjumpa satu masjid. macam pernah tengok, rupa-rupanya, itulah masjid hadhari. Masjid yang dibina selepas naiknya Menteri Besar Terengganu yang baru tu. ok.. that is fine. Alhamdulillah. Ada juga perkara yang patut dibanggakan dengan Islamnya kita ini.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu nak ke Kuala Krai, aku perasan, baik madrasah, mahupun masjid, mesti ada kubah walaupun kubah itu kecil. lagi satu, aku tak perasan langsung dan tak jumpa langsung kuil. Baik hindunya mahupun cinanya. memang patutlah kelantan dikenali sebagai serambi Makkah. Seperkara lagi. sepanjang aku pusing Kota Bharu, aku memang tabik la kelantan nie. mana tidaknya, zikir, diletakkan di tepi-tepi jalan. Masya-Allah... sambil memandu, sambil berzikir. memang best. Lagi satu, aku respek menda tau, papan iklan yang sebesar-besarnya memaparkan iklan aurat. Yang mana halal, yang mana haram. Masya-Allah... memang terbaik.

Memang satu pengalaman yang susah bagi aku lupakan. Macam-macam perkara aku pelajari di Kelantan.... :)

Sunday, June 5, 2011

Kem Pemantapan Kolej 10

Bermula 3 Jun hingga 5 Jun 2011 petang, aku telah ikut serta dalam Kem Pemantapan Kolej 10 yang dianjurkan oleh Majlis Felo Kolej 10. Banyak benda yang aku pelajari. Teori berkomunikasi, teori bekerja dalam kumpulan, teori kepimpinan, teori pengurusan masa dan slot motivasi diri. Dalam slot motivasi diri, aku belajar pasal SWOT, iaitu, Strength, Weakness, Opportunities, Treats. Melalui SWOT, iaitu analisa diri sendiri, aku kenali diriku dan JKM aku sendiri. yang mana pemimpin, yang mana pengikut. Turut sama, aku tahu perkara yang tidak disukai oleh JKM aku. Rata-rata mengatakan tak suka dipaksa dan memaksa... :)

Slot komunikasi, cukup seronok, dan memang memuaskan. Bila mana aku melihat semua JKM aku menyampaikan perucapan awam, semua berani, bangun untuk melontarkan idea. apa yang penting berani untuk berkata-kata.

Pengurusan masa ini, sebenarnya susah untuk dibentuk terhadap diri seseorang. Memang...memang...memang susah untuk dibentuk. Pada mulanya, aku aspek semua JKM aku boleh menjadi seorang yang tepati masa (Secara teorinya). Akan tetapi, mereka juga seorang manusia. Manusia yang tidak terlepas dari melakukan khilaf ataupun kesalahan. Apa yang penting, mereka sedar akan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai JKM Kolej 10.

Aku paling seronok sekali sewaktu program ini berlangsung. Apa tidaknya, semua JKM dan ahli kelab yang ada di Kolej 10 nie, semua hadir. Aku cukup bangga pada yang hadir. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Bagi aku, kem ini memang mantap la untuk pada mahasiswa yang baru hendak melebarkan ilmu pengetahuan dalam dunia berpersatuan.

Kenangan aku satu lagi yang best, sewaktu main bola tampar. Huh! rupanya seronok bersukan rupanya. Aku main bola tampar, memang terbaik r. :)

Kem Pemantapan Fasa pertama berjalan dana berjaya. Sekarang, Fasa ke-2 di Tanjung Leman. Harap fasa kedua turut memberi impak yang dan enjoy!!!

Saturday, May 28, 2011

2010 -> 2011

2011... last update 2010 time raya puasa dulu... agak lama tak update blog aku nie. Entahla, sejak aku diperkenalkan dengan blog UTM, terus aku tak aktif blog ini. lepas tu, entah kenapa blog UTM aku tu, dah tak leh masuk. kena blok ke apa, aku pun tak tahu. So sekarang, kena la aku aktifkan balik blog RedZoneCrime aku nie.

So bagi nampak cantik, aku tukar nama url dia, kepada ariffmakhfudz. nampak la official sikit. Bila orang nak view tu, selamat la sikit. tak la dipaksa-paksa. :)

Untuk tahun 2011 nie, bagi pertama kali aku post dan sambung kembali blog nie, aku mulakan dengan "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya


SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
1431 H

Maaf Zahir dan Batin

Puasa itu satu perintah
Oleh Allah yang maha perkasa
Perintah itu jangan dibantah
Wajibnya itu pada yang berkuasa

Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera

Sehari sudah lesu berpuasa
Hidangan berbuka sudah tersedia
Jangan kamu membazir masa
Mulai beribadat semasa belia

Dingin di perigi waktu pagi
Berkokok ayam ditengah laman
Aidil fitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya

Lemah lembut tuan puteri
Berhias pandai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba bernyawa
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Sumber : http://istimewa2u.blogspot.com/2007/05/pantun-aidilfitri.html