Subscribe:

Sunday, February 28, 2010

ISLC 2010

International Student Leader Conference 2010 (ISLC 2010), merupakan satu program yang memberi impact yang besar kepada mahasiswa tempatan mahupun mahasiswa luar negara. ISLC merupakan satu program pertama yang diadakan di Malaysia. UTM, Universiti Teknologi Malaysia,UTM menjadi tuan rumah dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab ini untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Terdapat 18 buah negara yang terlibat dalam program ini dimana, setiap wakil negara ini sedang menuntut di universiti tempatan kita sendiri. Antaranya, UiTM, UMP, UPSI, UTem, UPM, UUM, UM, UKM, dan UTM sendiri. Negara pula antaranya, Ngeria, Sudan, Yaman, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Indonesia, Somalia, Turki, Palestin, Saudi Arabia, Iran, india, Pakistan turut sama Malaysia sendiri. Dua sesi telah diadakan yang berjalan selama 8 hari. 3 hari 2 malam di Homestay Pt. Penghulu, Sg. Rambai, Melaka.


Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya group discussion, presentation, explorace, traditional spot. Pelbagai kenangan yang ditimba bersama-sama dengan kawan-kawan baru.

Friday, February 12, 2010

Khidmat Masyarakat TINTEC PONTIAN '10

Tuesday, February 9, 2010

Keputusan Pilihanraya Kampus: Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Kerusi Fakulti:

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:

1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Demam Pilihanraya Kampus


replika nama aku yang di lakukan oleh rakan-rakan jentera aku. terima kasih aku aku ucapkan pada semua jentera-jentera aku yang sudi menolong aku. dan terima kasih pada yg sudi mengundi aku. TERIMA KASIH.

Thursday, January 28, 2010

Pilihanraya Kampus UTM Johor Bahru, Johor


pilihanraya kampus telah bermula. malam ini malam penentu untuk memancing undi buat kali terakhir sebelum tibanya waktu 12 tengah malam. masing-masing dengan gelagat masing-masing. ada yang menari, ada yang berpidato, ada yang bermoto dan macam-macam lagi aksi para calon gara-gara untuk meraih undi. aku cara aku mudah. gantung poster. janji penuh fakulti. lepas itu, serah pada diorang nak undi atau tak. semuanya pada tangan diorang.

Sunday, January 3, 2010

Masa


Masa, sebut sahaja pasal masa confirm, adusss.... tak cukup masa la... tp, pernah tak kita terfikir. salah siapa sebenarnya? sehinggakan masa yang lama jadi tak cukup? Perdana Menteri kita, ada 24 jam. Duli Yang Mulia Agung kita, juga ada 24 jam. tp, kita sendiri, mengapa tak cukup masa.

aku, nak merungut penat, aku yang memilih ke jalan ini. aku bersyukur pada Allah, kerana mengizinkan aku serta memberi aku kekuatan untuk bekerja seperti ini.

aku dah makin lalai. pelajaran, tengok saja, baca satu baris saja dah memberatkan mata aku. sbb, otak letih memikirkan program yang hendak dijalankan. aku semakin hari semakin risau dengan keadaan aku sekarang ini. dulu, aku rajin ke surau, sejak 2, 3 hari ini, lps sahaja maghrib, tertido. sedar-sedar jam ditangan sudah pukul 9. itupun, roomate yang kejutkan untuk solat isya'. aku dah semakin jauh... Ya Allah... selamatkan lah aku.

Saturday, December 12, 2009

Diri Aku Di Kolej 10

Aku menjawat jawatan Biro Kaunseling dan Kerjaya, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej 10. Sebelum aku menjawat jawatan ini, aku telah di trainkan untuk menjadi seorang pemimpin di Pulau Pangkor. Nama kem yang kitaorang pergi, ialah Kem Raudah. best tempat tu. Siap boleh minum air bukit lagi. punya la sedap. lps ja minum terus sejuk badan. lagi satu pengalaman yang tak boleh blah, dalam explorace kena makan 3 jenis saiz cili api. mau tak berasap telinga dibuatnya. memang menguji kesabaran betul benda-benda nie semua. klu tak sabar mau berenang aku balik ke lumut. sabar ajala....

bersambung........