Subscribe:
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Koleksi Buku #18

Agama Islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai dikalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut agama Islam. Slah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang muslim dan menerima Islam sebagai warisan.

Buku ini merupakan cetusan darip pengalaman dakwah Ustaz Fathi Yakan. Ianya disusun supaya umat Islam dapat memahami dengan mudah apakah hakikat sebenar menjadi seorang Muslim. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian Pertama:
Menerangkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap orang yang menganut agama Islam.

Bahagian Kedua:
Menjelaskan kewajipan beramal dengan amalan-amalan Islam serta kewajipan menggabungkan diri di dalam harakah Islamiah.

"SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL!!!"

Koleksi Buku #17


"Adakah tidak aku telah memberikan peringatan kepada kamu semua wahai anak cucu Adam agar jangan kamu menyembah syaitan, iaitu kemahuan dan suruhannya, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang sangat nyata"
(Surah Yasin:60)

SELAMAT MEMBACA!!!

Koleksi Buku #16


Antaranya:
80 Kesalahan dalam akidah
99 Kesalahan dalam taharah
80 Kesalahan dalam azan dan iqamah
90 Kesalahan dalam masjid
75 Kesalahan dalam solat jumaat
50 Kesalahan dalam masalah solat dia hari raya

Apa yang ditentukan oleh sebahagian Ulama terutama para Ulama masa dahulu, sedangkan perkara itu tidak ada dalilnya.

Setiap ibadah yang tidak dijelaskan pelaksanaannya kecuali dalam hadith daif atau mauduk. Berlebihan dalam beribadah. Setiap ibadah yang dimutlakkan oleh ALLAH SWT dan diatur oleh manusia dengan sebahagian aturan seperti tempatnya atau waktunya atau sifat atau jumlahnya.

Kaedah-kaedah ini selayaknya dicatat dengan tinta emas, sekalipun hal itu berasal dari pengalaman, pengamatan dan intisari pemikiran serta hasil dari banyak membaca.

"SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL!!!"

Koleksi Buku #15


Buku ini khas untuk lelaki yang ingin memmbangkitkan seluruh kehebatannya agar benar-benar layar digelar lelaki. Tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan , ia boleh dijadiakn panduan dalam menjulang keperkasaan dan kejantanan sebenar anda.

Kenali lelaki melalui pengalaman dan teladan yang dilalui oleh kaum lelaki sendiri. Ketahuilah ciri-ciri lelaki lelaki baik yang perlu ada pada seorang lelaki.

Jadilah UNGGUL bukan TUNGGUL. Motivasi diri adalah untuk menyerlahkan maskulin seorang lelaki di mata wanita - dengan penuh rasa tanggungjawab yang cukup selari dengan cabaran masa.

"SELAMAT MEMBACA!!!"

Monday, May 3, 2010

Koleksi Buku #14


Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh ALLAH SWT untuk membentangi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani disepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah monoreh sejarah dengan tintas emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular.

Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pecinta-pecinta harakah Islam terhadap biografi tokoh-tokoh gerakan Islam di abad moden ini, meneladani kebaktian mereka mereka adalah sebahagian potret kejayaan pada kanvas perjuangan yang tiada noktah henti ini.

"JADIKAN CONTOH DAN TELADAN HASIL PERJUANGAN YANG DICERITAKAN OLEH PENULIS DI DALAM BUKU INI"

Koleksi Buku #13

Tentu Anda Ingin Tahu

Apakah perbezan antara hadas dan najis?
Apakah syarat sah wuduk?
Apakah hukum solat qasar dalam Islam?
Apakah syarat-syarat bagi tawaf di Baitullah?
Apakah hukum sebenar berkahwin menurut Islam?

Persoalan di atas adalah antara soalan-soalan umum berkenaan fikah harian yang sering kali diajukan oleh ramai orang. Jawapannya? Semuanya ada di dalam buku ini.

Ditulis oleh 3 tokoh ulama yang tidak asing lagi di Malaysia. Ustaz Ishak Din, Dato' Dr Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz yang ariff dan berpengalaman dalam bidang ini.

Buku ini mampu merungkai semua persoalan fikah harian merangkumi solat, zakat, puasa, haji dan muamalat.

Dilengkapi dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Buku ini sesuai dijadikan rujukan utama bagi menjawab segala persoalan fikah yang dihadapi dalam kehiduapan seharian.

"SELAMAT MEMBACA"

Koleksi Buku #12


Diceritakan oleh Aisyah r.ha:
"Rasulullah SAW sedang solat di rumah dan pintu terkunci dari dalam, saya datang dan meminta agar dibukakan pintu. Baginda berjalan membuka pintu untuk saya lalu kembali menyambung solatnya." Ketika itu pintu tersebut berada di arah kiblat.

(Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i, Tirmizi dan Ahmad)

Buku ini mengajak anda meneroka beberapa perkara berkaitan dengan solat yang dikatakan "pelik". Walaupun ia kelihatan pelik tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada dalam ajaran Islam. Islam sebagai agama "rahmatan lil 'alamin", tidak sekali-kali memberatkan umatnya dalam soal-soal ibadat. Walaupun tegas dari sudut hukum, tetapi tetap ada kelonggaran dari sudut pelaksanaannya jika dalam keuzuran atau darurat.

Mengandungi beberapa perbuatan yang pelik dalam solat tetapi ia adalah suatu yang benar dan tidak membatalkan solat. Ia dikatakan pelik kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan ia adalah benar kerana terdapat dalil-dalil yang jelas berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW dan pernah dilakukan oleh para sahabat r.a. Perbahasan dalam buku ini sekali gus mungkin menyelesaikan banyak kemungkilan anda tentang solat yang anda lalui setiap hari.

"SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL"

Koleksi Buku #11

Isu yang disorot termasuk soal akidah, ajaran kurafat dan sesat, perayaan, perbezaan mazhab, kes murtad, masalah darah, mandi, jenis keuzuran, fesyen, perhiasan, pergaulan dalam masyarakat, seks, soal mahram, keluarga angkat, sumbang mahram, khalwat, kerjaya, zina, hiburan, muzik, sukan, hukum rokok, menderma, hidup berjiran dan banyak lagi.

"SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL"

Koleksi Buku #10


Hukum-hakam Islam termaktub dalam Al-Quran, Hadis dan kitab-kitab tulisan para ulama tersohor. Tetapi berapa ramai antara kita yang mampu menguasai bahasa Arab untuk memahami Al-Quran dan Hadis. Berapa ramai antara kita yang membeli dan membaca ulama untuk mendapatkan sumber hukum.

Zaman berubah dan penumpuan manusia sekarang lebih kepada ilmu duniawi dan kontemporari. Akibat umat Islam sendiri terpinggir daripada pengetahuan agama Islam untuk diamalkan. Berlakulah salah faham dan akhirnya membenci agama itu sendiri apabila persoalan mereka tidak berjawab.

Maka buku ini mengungkap persoalan daripada sekecil-kecil dan seremeh-remeh perkara hinggalah kepada persoalan alam sejagat antaranya:

Kitab Al-Quran, Hadis, Ibadah, Isu wanita, Rumah tangga, Perkahwinan, Poligami, Harta pusaka, Hiburan, Kemajuan, Makanan, Pakaian, Perubatan, Kesalahan, Jihad, Politik, Mazhab, Parti, Perpecahan umat, Amal soleh, Syurga dan Persoalan non-muslim.

"SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL"

Koleksi Buku #9


Buku inimenjawab persoalan dalam keseluruhan skop akidah. Persoalan pokok ialah:

Beriman Kepada ALLAH SWT
Beriman Kepada Malaikat
Beriman Kepada Kitab
Beriman Kepada Rasul
Beriman Kepada Hari Kiamat
Berimat Kepada Qada dan Qadar

Sementara perkara yang berkaitan dengan akidah adalah seperti soal keislaman, iman, tauhid, syirik, Ahli Sunnah Waljamaah, soal berkat dan tabarruk. Termasuk juga persoalan yang sering menghantui umat islam seperti bidaah, khurafat, persoalan mati, alam barzakh, syaitan, jin, jampi serapan, tangkal, azimat dan sihir.

"BANYAKKAN MEMBACA PENGETAHUAN BERTAMBAH"

Koleksi Buku #8


Siri 1

Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang ibadah, maka ramai umat Islam yang tidak lagi ariff tentang selok-belok solat. Solat sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang-kadang solat dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.

sedangkan untuk menunaikan solat yang datang terus daripada ALLAH SWT tentulah mempunyai modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan.

Siri 2

Siri ke-2 adalah kesinambungan dari Siri per-1 yang mendapat sambutan sangat menggalakkan. Namun siri ini membahaskan subjek ini dengan lebih mendalam dan luas meliputi persoalan pembahagian air, najis dan cara membersihkannya, wuduk, tayamum, azan dan iqamah yang merupakan mukadimah solat.

Perbahasan bahagian ke-2 pula menghalusi subjek solat menyeluruh bermula dengan penetapan waktu solat, rukun solat, sunat solat, solat sunat dan solat musafir. Malah setiap rukun solat dibahaskan dengan terperinci sati persatu dalam bab berasingan. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih santai, mudah dibaca dan relaks, tetapi berautoriti berdasarkan rujukan buku-buku tulisan ilmuwan muktabar. Selain itu, dalil-dalil Al-Quran dan Hadis yang dimuatkan dalam buku ini disertakan matan yang lengkap berbaris dan terjemahan yang tepat.

"SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL"

Koleksi Buku #7


Buku ini memberi jawapan kepada pelbagai persoalan remeh-temeh berkaitan TAHARAH (Bersuci) yang kadang-kadang anda malu untuk bertanya. Persoalan boleh dibahagikan kepada 4 skop:
1. Perkara kontroversi dalam masyarakat. Najis, anjing, khinzir, alkohol dan arak.
2. Perkara berkaitan ibadah. Jenis air, cara beristinjak, wuduk dan cara mandi khususnya mandi wajib.
3. Perkara yang jarang-jarang didengar. Khuf, tayamum dan bersuci bagi orang sakit.
4. Perkara yang memalukan. Air mani, air mazi, air wadi, haid, nifas, wiladah dan berkhatan.

Kadang-kadang anda tidak terfikir bahawa perkara remeh-temeh ini boleh membelenggu amal ibadah anda. Sahkah amal ibadah yang anda lakukan? Mengapa orang memberi jawapan yang berlainan setiap kali anda bertanya?

DAPATKAN JAWAPAN DISINI!

Koleksi Buku #6

Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh dari penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusannya hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.

Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaikan terhadap segala permasalahan tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi Muhammad SAW, dan penggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi'in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikmah dan tuntutan para ulama.

Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maklumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, manakala dan beberapa media lainnya.

Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkas. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda:

"Bergembiralah, Tenanglah, Bersikap Optimislah dan La Tahzan"

Koleksi Buku #5

"Sesungguhnya disebalik kisah-kisah mereka terdapat iktibar bagi orang-orang yang berakal"
(Yusuf : 111)

Sememangnya sebahagian besar isi Al-Quran memaparkan sejarah dari umat-umat terdahulu sebelum umat Muhammad SAW.

Sejarah-sejarah tersebut dipenuhi dengan berbagai peristiwa ajaib yang diturunkan ALLAH SWT bagi mengukuhkan ke Rasulan utusan-Nya bagi mengatasi cabaran, tentangan bahkan serangan sesuatu kaum terhadap Nabi mereka.

Kisah-kisah ajaib yang dihuraikan di dalam buku ini kesemuanya merujuk kepada Al-Quran. Ianya dikemukakan semuala untuk diambil pengajaran bagi orang yang sudi berfikir, dan selanjutnya adijadikan neraca kebenaran bagi semua peristiwa dan keagunggan tamadun moden yang sangat mencabar.

SELAMAT MEMBACA & BERAMAL.

Koleksi Buku #4

Isu-isu misteri yang sering menjadi persoalan adalah:
1. Apakah Spesis Yakjuj dan Makjuj itu?
2. haiwan ataupun manusia?
3. Di mana kediaman mereka? Sejak bilakah kali pertama mereka ditemui?
4. Negara-negara manakah yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj?
5. Benarkah mereka akan keluar lagi bagi merosakkan dunia?

Buku ini mengupas bangsa yang terkejam dalam sejarah. Mereka sudah wujud sejak zaman Zulqarnain lagi. Sebelum tembok Zulqarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhammad SAW meramalkan bangsa ini akan muncul lagi pada akhir zaman.

SELAMAT MEMBACA!

Koleksi Buku #3

Rasulullah SAW bersabda. "Wahai sekalian manusia, ALLAH menciptakan Nabi Adam dan keturunannya yang lebih dahsyat daripada Dajjal. Dan ALLAH SWT tidak mengutuskan seorang rasul atau nabi pun kecuali ia memperingatkan umatnya terhadap kemunculan Dajjal. Aku adalah nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah umat terakhir pula. Dajjal pasti keluar dari tengah-tengah kamu. Jika ia keluar, sedang aku di antara kamu, maka akau akan mengalahkannya dengan hujjah dan kemampuanku. Jika ia keluar setelah aku tiada, maka setiap orang akan menjadi penolong bagi dirinya sendiri untuk mengalahkan musuhnya. ALLAH adalah penggantiku bagi setiap muslim..." (Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Masnadnya, Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah ra.)

Para ilmuan asing menjadi hairan oleh banyaknya fenomena itu adalah Segitiga Bermuda dan Piring Terbang. Bagaimanakah sesungguhnya hakikat fenomena ini? Adakah hubungan dengan jaringan misteri antara kedua fenomena ini dengan Dajjal?

Di sebuah negeri paling indah di dunia, iaitu Sweden, Muhammad Isa Dawud menyentuh "benang-benang atau jaringan misteri" antara Dajjal dengan kedua fenomena ini. Dengan kajian atas berbagai manuskrip kuno yang ditemui bahawa Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda.

Buku ini mengukapkan berbagai rahsia tersembunyi dan fenomena membingungkan sekitar jati diri dan sepak terajang Dajjal, makhluk bermata satu dan penyebar fitnah, yang kemunculannya di akhir zaman telah diramalkan jauh hari sebelumnya oleh nabi kita, Muhammad SAW. Inilah buku pertama yang menelaah perihal Dajjal, yang masih amat jarang dibahas orang.

SELAMAT MEMBELI, MEMBACA dan BERAMAL.

Koleksi Buku #2

Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyur, 'Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda' tulisan Muhammad Isa Dawud, hinggalah karyanya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak. 'Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan' karya Abu Fatiah Al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar menurut Abu Fatiah Al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah karya fantastik yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Dawud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang dunia Ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, illuminati dan Secret Society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku 'Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman' karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan 'Kisah Dajjal dan Turunya Nabi Isa Membunuhnya' karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapi fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL.

Koleksi Buku #1

Secara kolektifnya, masyarakat umum begitu taksub dan percaya dengan pelbagai kepercayaan tahyul dan cerita-cerita mistik dongeng sehingga adakalanya turut mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian kita. Hakikatnya, ALLAH SWT melalui firman-Nya di dalam Al-Quran dan Rasulullah SAW melalui sabda-sabdanya telah menerangkan kepada kita secara terperinci mengenai kejadian makhluk halus ini.

Buku 'Dialog Dengan Jin-Diari Seorang Perawat' ini adalah satu lagi koleksi istimewa di dalam rangkaian buku terbitan HRP. Mengapa? sudah pasti kerana buku ini mencatatkan pelbagai perjalanan dan pengalaman peribadi penulis yang juga merupakan seorang perawat ketika berhadapan dengann makhluk halus yang mengganggu manusia.

Penerbitan buku ini sama sekali tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan pembaca. Malah jika diteliti sehalusnya, ia mengandungi pelbagai ilmu yang amat bermanfaat untuk membentangi diri kita dari diganggu oleh kelompok jin dan syaitan.

Ustaz Abd. Majid Hassan pernah muncul di rancangan Expose Mistik siaran untuk Astro Prima ketika merawat salah seorang pesakitnya. Malah ramai lagi pesakit yang dirawat oleh beliau diceritakan di dalam buku ini untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman. Buku ini sarat dengan info, tips juga cara-cara untuk membenteng diri dari serangan makhluk halus dan sihir. Semua teknik yang terkandung di dalam buku ini hanya sebagai panduan. Namun iktikad kita mestilah disandarkan semata-mata kepada ALLAH SWT.

SEMOGA MEMBACA DAN BERAMAL.