Subscribe:
Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

Tahukah Anda


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Friday, May 21, 2010

Tahukah Anda

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat

September 6, 2007 ·
oleh Ibnu Yaacob


Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani. Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah.

Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”. Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam
Blog D’ ini sebagai peringatan sekelian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

Januari
berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan
berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah
muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

Februari
berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo
yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.

Mac
berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu
tuhan berhala Romawi.

April
berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang
bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* kerana menghormati tuhan musim panas (summer).

Mei
berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama
puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.

Jun
berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan
orang Romawi.

Julai
berasal dari bahasa latin iaitu nama
pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

Ogos
berasal dari nama pemimpin Rom iaitu
Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.

September
berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang
bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.

Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang

bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.

November
berasal dari bahasa latin iaitu
Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah
diubah menjadi bulan ke sebelas.

Disember
berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang
bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

Sunday
berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya
matahari.

Monday
berasal dari perkataan ‘Moon’s Day
bererti hari bulan.

Tuesday
berasal dari perkataan ‘Day of Tyr
sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.

Wednesday
berasal dari perkataan ‘Woden’ nama
salah satu dewa suci Rom.

Thursday
berasal dari perkataan ‘Day of Thor
sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

Friday
berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu
Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama
‘Freya’.

Saturday
berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang
bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan
orang Romawi.

Thursday, May 13, 2010

Ketika Mengalami Mimpi Buruk


Kita semua pasti pernah mengalami mimpi buruk, maka ada beberapa perkara yang mesti kita lakukan apabila kita bermimpi buruk diantaranya ialah:

1. Meludah kekiri sebanyak 3 kali.

2. Memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan sebanyak 3 kali (yaitu dengan membaca “A’udzu billahi minassyaithanirajiim” atau bacaan ta’awudz lainnya).

3. Memohon perlindungan kepada Allah dari keburukan mimpi tersebut.

4. Atau sebaiknya dia bangun lalu melaksanakan Solat.

5. Mengubah posisi tidurnya dari posisi semula ia tidur, jika ia ingin meneruskan tidurnya, walaupun ia harus memutar kesebelah kiri.

6. Tidak boleh memberitahu seorangpun.

7. Tidak boleh menafsir mimpi tersebut baik menafsir sendiri atau dengan meminta bantuan orang lain.

Keterangan tentang hal ini terdapat dalam hadits dari Jabir رضي الله عنه, beliau berkata, “ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

Jika seseorang bermimpi sesuatu yang ia benci (buruk) hendaklah ia meludah kesebelah kirinya sebanyak tiga kali, dan memohon perlindungan dari Allah عزوجل dari syaitan sebanyak tiga kali, serta mengubah posisi tidurnya dari posisi semula ia tidur.” (HR. Muslim : no 2262)

Dalam hadits lain Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

Dan hendaklah ia memohon kepada Allah عزوجل dari keburukan mimpi tersebut, sesungguhnya mimpi tersebut tidak akan membahayakannya.” Seorang perawi hadits berkata,” Sesungguhnya saya pernah bermimpi sesuatu yang aku rasa lebih berat dari sebuah gunung, namum setelah aku mendengar hadits ini aku tidak peduli (takut) pada mimpi tersebut.” (HR. Muslim : no 2261)

Dari Jabir رضي الله عنه, beliau bercerita,” Seorang Arab Badui datang menemui Nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata, ‘ Wahai Rasulullah saya bermimpi seakan-akan kepala saya di penggal, dan saya sangat terpengaruh oleh mimpi tersebut, Rasulullah menjawab, “ jangan engkau ceritakan kepada orang lain tentang setan yang mempermainkanmu dalam mimpimu.” (HR. Muslim : no 2268)

Dalam riwayat lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga bersabda,

Barangsiapa yang bermimpi sesuatu yang tidak disukainya (dalam tidur), hendaklah ia bangun kemudian melaksanakan solat.” (HR. At-Tirmizdi 2280 & Shahih Jami’ 3533)

Sumber:
1. Disalin dari kitab “ Fiqih Darurat” oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Munajid, Penerbit
Inas Media. (dengan sedikit perubahan)
2. http://artikelassunnah.blogspot.com/2010/05/hal-hal-yang-harus-dilakukan-ketika.html