Subscribe:

Wednesday, June 6, 2012

NAK DAKWAH! TAPI...!!!

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemah iman.
(riwayat Muslim)

Mari kita renungkan dan ambil semangat daripada kata-kata hikmah Imam Hasan Al-Basri:

“Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dikalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan sikitlah orang yang memberi peringatan.”
JOM kita cegah maksiat!.
NAk berubah, kena cari satu titik tolak yang baru.

Benar, kita masih x mampu menegur kengkawan sekelas, sebab kita fikir, esok lupa nak jumpa dia lagi.

... OK, kalau macam tu, kita start tegur orang yang kita X KENAL. Kita pn x akan jumpa dia, dan dia pn x kenal sapa kita.

Jumpa sepasang gagak yang sedang bersembang mesra, kita pergi dan cakap sampbil tersenyum " Maaf , abang kak, x baik duduk berdua kat sini. x manis dipandang. Maaf, orang muda menegur"

atau

" Maaf , abang kak, x baik duduk berdua kat sini. berdosa laki perempuan berdua-duaan. Maaf, orang muda menegur"

Kalau selepas kita tegur, lelaki itu marah atau ajak kita berbincang , terus kita kata " MAaf bang, saya gerak dulu. Assalamualaikum...(sambil tersenyum)"

PERCAYALAH, Allah hanya menanti saat kita mengetuk salah satu dari pintu ketakutan dalam diri. Apabila kita telah mengetuk pntu ketakutan, Allah dengan segala rahmatnya akan membuka seluasnya pintu keberanian kepada kita .

KAUM NABI LUT MUNCUL KEMBALI

Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn.

Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin.

Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda.

Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini.

Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini.

Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja.

Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah.

Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia.

Perkahwinan sesama jantina

Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan.

Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;

"Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu"
(Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang & agama dan kerajaan.

Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt. Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran & pergaulan anak-anak anda. Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda. Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini. Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini. Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai. Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini. Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan.

Sumber : Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin

Sunday, June 3, 2012

Burdah / Rida' / Shawl / Selendang dan Dalil Pemakaiannya


Lebih dari 25 riwayat shahih Bukhari bahwa Rasul saw memakai rida (selendang). para sahabat beliau saw, lagi ratusan riwayat lainnya pada Shahih Muslim dan riwayat shahih lainnya.

Rasulullah memakai rida’

Memakai rida’ (semacam selendang) dan membalik posisi rida’ disunnahkan. Sebagai contoh dalil pemakaian rida’ / burdah shawl ini berlaku ketika Rasulullah saw menunaikan solat istisqa, iaitu dengan menaruh kain yang disebelah kiri ke sebelah kanan, dan kain yang ada di sebelah kanan ke sebelah kiri.

Hadis-hadis yang menyatakan dianjurkannya hal ini sangatlah banyak, diantaranya hadis Abu Hurairah, hadits Abdullah bin Zaid, hadis ‘Aisyah yang sudah disebutkan.

Pemakaian dan tindakan membalikan rida’ ini dapat dilakukan setelah berdoa, sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah, atau ketika hendak berdoa, sebagaimana hadits Abdullah bin Zaid Radhiallahu’anahu :Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam keluar menuju lapangan untuk istisqa’. Beliau membalik rida’-nya ketika mulai menghadap kiblat” (HR. Muslim, no.894).

VALENTINE'S DAY!!!

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Bertarikh 22-24 November 2005, Muzakarah Kali Ke-71"

Saturday, June 2, 2012

CINTA JARAK JAUH

Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

Dibawah merupakan tips yang boleh diguna pakai oleh pencinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.


1. Jelas dengan Harapan dan Batasan

Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Sebagai contoh, Nazri terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta. Teman wanitanya, Aina tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Nazri dan Aina membuat perjanjian untuk berhubung at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenal pasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.


2. Menghargai Kebebasan

Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi. Nazri yang berjauhan dengan teman wanitanya, dia sering menghabiskan masa dengan melayari internet sebagai hobi ataupun bermain futsal bila waktu lapang. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.

3. Luahkan Perasaanmu

Kalau dekat-dekat malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu. Sesekali gunakan cara tradisional dengan menghantar surat kepada pasangan anda berbanding berkomunikasi menggunakan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.


4. Pancawarnakan Kehidupanmu

Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah.


5. Mempercayai Satu Sama Lain

Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positif agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.

Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.