Subscribe:

Sunday, May 31, 2009

Our RED MAFIA Tag Name


Saturday, May 30, 2009

Selamat Tinggal UTMKL

Setahun aku di UTMKL, pelbagai kenangan aku telah terbenam di benak fikiran ku, manis, pahit, sedih, pilu, marah, dengki, cemburu, suka, bangga, penting diri sendiri, semua ini, aku dapat merasainya selama 3 tahun aku di UTMKL. Aku aktif dalam persatuan, aku aktif dalam belajar. Semuanya ini, aku belajar, aku di didik di UTMKL. Aku juga dapat kenal siapa kawan, siapa lawan. Aku dapat tahu, yang mana benar, dan yang mana palsu. Bermulanya aku di UTMKL, aku hanya keseorangan. hanya bertemankan diri yang tidak mengerti sebarang maksud berdikari. Setelah aku belajar, setelah aku kenal, maka aku boleh membawa diri aku di alam remaja ini. Pengangan yang kuat pada agama membuatkan aku seorang yang kuat semangat.

Semuanya, wujud apabila masuknya aku di UTMKL.

aku mengenali rakan-rakanku, terutama Amir, Farid, Mazuan, Ishak, Fikri dan kawan-kawan yang kenal diri aku ini. Terutama sekali, geng-geng RED MAFIA. Mazuan, Amir, Farid dan Ishak.

kemana pun kita, kita tetap RED MAFIA. Kemana jua kita, kita tetap sahabat dunia akhirat. itulah nilai persahabatan kita. Selalulah, mendoakan agar kita kekal bersahabat. Amin ya robbal 'alamin.

SELAMAT TINGGAL UTMKL...
SELAMAT TINGGAL UTMKL...
SELAMAT TINGGAL UTMKL...

Tuesday, May 26, 2009

Poster II

Poster ni aku buat sendiri semasa aku menjawat jawatan Exco Multimedia dan Publisiti di UTMKL





Exco Multimedia PSCUTMKL

Aku menjawat jawatan selaku Exco Multimedia dan Publisiti di dalam Persatuan silat Cekak UTMKL, (PSCUTMKL).

Logo Sekolah Menengah

Ini adalah logo sekolah menengah aku.

Logo Negeri Perak

Ini adalah logo rasmi Negeri Perak.



Logo

Ini adalah beberapa logo yang berkaitan dengan aku selama aku di UTMKL.





Apakah Nombor Anda?

Aku nombor 8. Macam mana nak kira sini aku ajar;

Tarikh lahir : 17 Oct 1988
so, 1 + 7 + 1 + 0 + 1 + 9 +8 + 8 = 35
next, 3 + 5 = 8

so, nombor aku = 8

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

No 8. Penyelesaian


- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Dibawah aku sertakan ciri2 bagi setiap nombor2 lain...

No 1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No 9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Monday, May 25, 2009

Angka 13

Angka 13 merupakan angka kedudukan senarai nama aku dlm kelas subjek network. Angka ini lah yg memberi semangat pada aku untuk masuk ke kelas subjek network.

Lagi Trade Mark RED MAFIA


Cover Background Slide Show RED MAFIA




Sunday, May 24, 2009

Gerak Kerja Menyiapkan Model

Gerak kerja dalam menyiapkan model bagi projek subjek Network di dalam semester akhir.

















Temu Bual Bersama Juruteknik Celcom

Proses temu bual bersama juruteknik Celcom ini bertujuan untuk menyiapkan projek subjek Network kami bagi semester akhir ini. Proses temu bual ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Di bawah adalah gambar semasa temu bual kami diadakan.











Poster

Poster ini merupakan tugasan yang diberikan oleh
YM Raja Aida (Pensyarah Subjek PC Maintenance).
Poster ini di rekabentuk menggunakan 100% Adobe Photoshop.



Thursday, May 21, 2009

Kredit RED MAFIA

Kredit Semester 3



Kredit Semester 4

Wednesday, May 20, 2009

Picnic di PD

Semasa di PD, 7 kejadian berlaku tanpa di duga.

1. Sambut hari jadi mazuan
Kejadian ini berlaku sebelum kami semua bertolak ke PD.

2. Sambut hari jadi Ishak
Kejadian ini di sambut, pada tengah mlm pada pukul 00:00 am dan paginya agenda potong
kek.

3. Pergi main go-cart,
First time, aku main go-cart. Sebelum nie, tak pernah lagi aku main go-cart, memang seronok.
Ini merupakan satu kenangan paa aku memandu kereta hanya ada 2 pemijak kaki. minyak
dan break. Memang suatu pengalaman bagi aku.

4. Panggang ayam.
Sementara nak tunggu api menyala, Masya-Allah, punya la susah. Macam2 strategi keluar,
strategi Tzu la, strategi Ku la, macam-macam la. Sampai give-up, sanggup gi beli minyak
petrol RM1, gara-gara nak nyalakan api punya pasal.

5. Mandi pantai.
Ingatkan pantai dia macam dekat Langkawi. rupa-rupanya, jauh sekali. Cuma persamaannya
hanya pada air laut saja. Pergi ke kawasan dalam sikit, kira-kira paras dada, dah jejak lumpur,
geli tapak kaki dibuatnya.

6. Muzium Tentera.
Pergi la melawat muzium tentera. jejak jer kaki di situ, terus rasa diri ni, di medan perang.
dengan menceroboh masuk lorong rahsia komunis, naik kapal terbang yang tak terbang hanya
model semata-mata, naik keretapi yang tak bergerak. Memang pada masa tu, diri ini
seolah-olah dimasa penjajah.

7. Terowong SMART.
Itulah pertama kalinya aku masuk terowong SMART. Dengan bayaran RM2, untuk sehala,
maka, pengalaman untuk melalui terowong SMART tercapai. Masuk saja terowong tu, bisu
terus mulut. Sebab, menakjubkan. Itulah teknologi.

Galeri di PD: