Subscribe:

Sunday, December 6, 2009

Selasa, Dis 2, 2009

aku tiba di asrama. jam ditangan menunjukkan jam 4.00 petang. Dalam perjalanan ke bilik setelah mendapat kunci,
aku dikejutkan dengan seseorang wanita tua yang pengsan ketika berjalan. aku mendapati wanita tua itu. pada mulanya
aku fikir itu hanyalah pengsan biasa. tetapi, setelah aku istighfar ditelinganya, aku terkejut yang wanita tua itu terjaga
dengan mata yang merah. aku dah syak itu ada yang tak kena, dan perlu diperbetulkan. Aku memberanikan diri aku
bertanya siapakah dia? wanita tua itu menjawab dengan suara lelaki berusia 40-an, dia berkata aku jin yang ada dalam
badan wanita tua itu. Aku tanya, kenapa masuk dalam badan wanita itu? dia kata aku saja masuk dalam badan dia. 
aku dengar jawapan dia itu, aku cuba untuk keluarkan dia dari badan wanita itu. dengan berbekalkan ayat kursi, 
aku berlawan dan berusaha mengeluarkannya. pada mulanya, jin itu pun melawan dan tak mau keluar. lepas dipaksa,
akhirnya dia keluar juga. lepas jin itu berada dalam genggaman aku, aku berasa bahawa, genggaman aku terasa panas.
aku cuba benamkan jin itu ke perut bumi. tp bila aku benamkan dia ke perut bumi, tanganku melantun kembali, sehinggakan
aku hampir-hampir terpelanting. aku tersedar. jam ditangan pukul 5.30 petang. aku lekas bangun dari tidur dan bersiap untuk mandi.
lepas itu, aku lakukan solat asar. Alhamdulillah. rupanya aku bermimpi. Mimpi sememangnya mainan tidur dan gangguan dari syaitan yang direjam.

bersambung......

0 comments:

Post a Comment