UTM menjadi tuan rumah dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab ini untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Terdapat 18 buah negara yang terlibat dalam program ini dimana, setiap wakil negara ini sedang menuntut di universiti tempatan kita sendiri. Antaranya, UiTM, UMP, UPSI, UTem, UPM, UUM, UM, UKM, dan UTM sendiri. Negara pula antaranya, Ngeria, Sudan, Yaman, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Indonesia, Somalia, Turki, Palestin, Saudi Arabia, Iran, india, Pakistan turut sama Malaysia sendiri. Dua sesi telah diadakan yang berjalan selama 8 hari. 3 hari 2 malam di Homestay Pt. Penghulu, Sg. Rambai, Melaka.Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya group discussion, presentation, explorace, traditional spot. Pelbagai kenangan yang ditimba bersama-sama dengan kawan-kawan baru.



0 comments:
Post a Comment