Subscribe:

Thursday, July 7, 2011

10 Hari

Latihan Kecergasan

10 hari sudah berlalu aku di dalam kursus pra-KKN iaitu persiapan sebelum menjalankan kerja khidmat masyarakat di Indonesia. Banyak perkara aku belajar selama aku berkampung di KTR dan pusat ko-q. Untuk pengetahuan korang semua, selama aku hidup, ini pertama kali aku lalukan kerja-kerja buruh kasar sedemikian, mana tidaknya, tengok gambar bawah... :)

penuh bergaya memegang cangkul

Itu baru kerja-kerja mencangkul, aku buat kerja-kerja membersihkan rumput terlebih dahulu sebelum kerja-kerja meletakkan konkrit.

Kerja-kerja Membersihkan Rumput versi 1

Kerja-kerja Mencangkut Versi 2

Kemudian, nak dijadikan cerita, aku bancuh simen, hari pertama sahaja 5 bag simen aku kerjakan. Bila sudah rasa penat, aku beralih kerja pula, ratakan simen pada tempat berjalan kaki. baik di bahagian tepi jalan mahupun tengah jalan. dengan matahari, pergh... memang satu ujian dari Allah SWT.

Masuk sahaja hari ke-2, aku lakukan permulaan kerja aku dengan buat bancuhan simen, kemudian, agak penat juga waktu tu, terus aku lakukan kerja-kerja tolak kereta sorang, pecah rekod juga aku lakukan, mana tidaknya, 10 kali aku berulang-alik bawa simen. hebat...hebat...hebat... aku jer... :)

Kemudian, sebelah petangnya aku lakukan kerja-kerja mengecat wakaf dangan cat warna putih. bersemangat aku buat kerja-kerja mengecat nie. :)

1 teori aku belajar, iaitu,
Penuh satu kereta sorang = 12 kali skop pasir penuh.
1 bag simen = 4/5 kali kereta sorong yang penuh muatan.
formula bancuhan, 1:3:6 iaitu, 1 skop simen, 3 skop pasir, 6 skop aggregate.

pergh... memang mantap r aku kali nie...

Kemudian, lepas aku mengecat putih pada wakaf tu, dengan menyanyi irama senandung semalam, aku take part dalam mengorek lubang untuk tanam pokok hiasan. Kemudian, dan penat, aku buat kerja-kerja mengecop pula... best...best...best...

Selama aku dalam kursus pra-KKN ini, aku ada 3 kali malas sikit, nak tahu apa dia;

1. Khamis, 7/7/2011 - aku lewat ke Bengkel SL di Dewan KTR
2. Rabu, 6/7/2011 - Sehariaku tidak turun ke tapak projek gara-gara nak siapakan montaj pelancaran.
3. Selasa, 5/7/2011 - Aku tak turut serta dalam latihan kecergasan. :)

yang penting, aku enjoy..... :)

ariyos...

0 comments:

Post a Comment