Subscribe:

Sunday, June 5, 2011

Kem Pemantapan Kolej 10

Bermula 3 Jun hingga 5 Jun 2011 petang, aku telah ikut serta dalam Kem Pemantapan Kolej 10 yang dianjurkan oleh Majlis Felo Kolej 10. Banyak benda yang aku pelajari. Teori berkomunikasi, teori bekerja dalam kumpulan, teori kepimpinan, teori pengurusan masa dan slot motivasi diri. Dalam slot motivasi diri, aku belajar pasal SWOT, iaitu, Strength, Weakness, Opportunities, Treats. Melalui SWOT, iaitu analisa diri sendiri, aku kenali diriku dan JKM aku sendiri. yang mana pemimpin, yang mana pengikut. Turut sama, aku tahu perkara yang tidak disukai oleh JKM aku. Rata-rata mengatakan tak suka dipaksa dan memaksa... :)

Slot komunikasi, cukup seronok, dan memang memuaskan. Bila mana aku melihat semua JKM aku menyampaikan perucapan awam, semua berani, bangun untuk melontarkan idea. apa yang penting berani untuk berkata-kata.

Pengurusan masa ini, sebenarnya susah untuk dibentuk terhadap diri seseorang. Memang...memang...memang susah untuk dibentuk. Pada mulanya, aku aspek semua JKM aku boleh menjadi seorang yang tepati masa (Secara teorinya). Akan tetapi, mereka juga seorang manusia. Manusia yang tidak terlepas dari melakukan khilaf ataupun kesalahan. Apa yang penting, mereka sedar akan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai JKM Kolej 10.

Aku paling seronok sekali sewaktu program ini berlangsung. Apa tidaknya, semua JKM dan ahli kelab yang ada di Kolej 10 nie, semua hadir. Aku cukup bangga pada yang hadir. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Bagi aku, kem ini memang mantap la untuk pada mahasiswa yang baru hendak melebarkan ilmu pengetahuan dalam dunia berpersatuan.

Kenangan aku satu lagi yang best, sewaktu main bola tampar. Huh! rupanya seronok bersukan rupanya. Aku main bola tampar, memang terbaik r. :)

Kem Pemantapan Fasa pertama berjalan dana berjaya. Sekarang, Fasa ke-2 di Tanjung Leman. Harap fasa kedua turut memberi impak yang dan enjoy!!!

0 comments:

Post a Comment