Subscribe:

Friday, June 10, 2011

Travel Ke Besut dan Kota Bharu

1 pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan. Pertama kalinya kau memijak kaki di Besut Terengganu. uhu... memang aku tak sangka. Separuh hari aku pusing Besut sahaja dengan keluarga mertua Pengetua Kolej aku. Aku tiba di Besut kira-kira pada jam 6.30 pagi. Aku sampai sahaja, terus aku capai sejadah dan solat Subuh. lepas tu, sujud syukur, sebab sampai dengan selamatnya. Kemudian, sarapan pagi tu, aku pekena nasi dagang. huh! lemaknya, manis nya. semua manis2 belaka. pedasnya, kurang bangat. Mak mertua pengetua aku bagi aku rasa pulut panggang. Rasa-rasa... lor.... manis juga. huhuhu..... manis belake... memang aku percaya la sekarang, yang orang pantai timur memang minat makan manis-manis. Urmmm....

Jam ditangan menunjukkan angka 10 pagi. Pada hari pertama, kami terus bergerak ke Kota Bharu yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Di sepanjang jalan, aku tengok banyak betul timun cina. Orang kelantan panggil tembikai timun cina. Sebabnya, rupanya memang sebiji macam sayur timun. Cina pula sebab dia bulat. macam kuih bulan. Itu la pasal, tembikai di kelantan jadi timun cina. Aku belajar perkara baru. Kemudian, aku perasan juga, tuak. Yang aku faham, di sarawak dan sabah sahaja yang ada tuak. sekali kat kelantan dan terengganu pun ada tuak. Baru aku tahu, yang dikatakan tuak tu, rupa-rupanya nira kelapa. urm... kat kampung aku famous dengan nira nipah. Sedap kampung aku lagi. huhuhuhu....

Bandar Pasir Puteh aku dah pijak. Cuma aku tertanya-tanya menda apa yang dimaksudkan oleh ayah mertua pengetua aku berkenaan dengan pasar? urm... teringin pula aku nak pergi pasar. Hah sebelum aku balik ke Johor Bharu, aku terjumpa satu masjid. macam pernah tengok, rupa-rupanya, itulah masjid hadhari. Masjid yang dibina selepas naiknya Menteri Besar Terengganu yang baru tu. ok.. that is fine. Alhamdulillah. Ada juga perkara yang patut dibanggakan dengan Islamnya kita ini.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu nak ke Kuala Krai, aku perasan, baik madrasah, mahupun masjid, mesti ada kubah walaupun kubah itu kecil. lagi satu, aku tak perasan langsung dan tak jumpa langsung kuil. Baik hindunya mahupun cinanya. memang patutlah kelantan dikenali sebagai serambi Makkah. Seperkara lagi. sepanjang aku pusing Kota Bharu, aku memang tabik la kelantan nie. mana tidaknya, zikir, diletakkan di tepi-tepi jalan. Masya-Allah... sambil memandu, sambil berzikir. memang best. Lagi satu, aku respek menda tau, papan iklan yang sebesar-besarnya memaparkan iklan aurat. Yang mana halal, yang mana haram. Masya-Allah... memang terbaik.

Memang satu pengalaman yang susah bagi aku lupakan. Macam-macam perkara aku pelajari di Kelantan.... :)

0 comments:

Post a Comment