Subscribe:

Tuesday, June 14, 2011

Kisah Aku

Petang tadi aku on9 fb, aku dapat mesej. Mesej dia begini "Assalamualaikum, saya minta maaf". Aku terfikir, adakah selama ini aku tidak perikemanusiaan dalam menjalankan tugasku sebagai seorang pemimpin di peringkat kolej. Kadang2 aku marah. bila aku baca kembali mesej tu, aku sedih. mengalir air mata aku teringatkan apa yg mereka lakukan. Tapi, aku hairan, dan terus hairan! Kenapa ketika itu, aku kol, seorang dari kalangan mereka tak angkat langsung panggilan aku. Mula la aku fikir yang mereka nie berpakat tak mau angkat kol aku atau apa. Tapi, aku didik untuk berfikiran positif. Apa yang aku fikir, barang kali waktu aku kol itu mereka sibuk dengan kerja lain. That why diorang tak angkat kol aku. Tapi, bila dah kol, faham2 la kol balik ker, atau sms tanya sebab mengapa. Ini tidak, membisu sampai sekarang. Aku memang menyesal dengan apa yang mereka lakukan. Kepada yang datang, terima kasih. Aku memang respect tinggi pada yang datang. Kepada yang datang... aku dah tak tahu nak fikir apa.

Ada kalanya sehingga aku terfikir, mampus korang la apa yang korang nak buat. Bukan hal aku. Tapi, aku pemimpin pada mereka. Aku tak boleh nak main ikut kepala aku. Bila aku main ikut kepala aku, tradisi berulang kembali dan ..... aku dipersoalkan kelak. Dimana amanah aku sebanarnya.

Selepas apa yang berlaku, aku malu dengan rakan seperjuangan aku di kolej yang lain. Malu dengan apa yg mereka sudah lakukan. Sehinggakan aku berfikir, lepaskan diorang sahaja. Tak perlu nak kusutkan kepala memikirkan amanah dan tanggungjawab mereka. Sepatutnya mereka tahu amanah dan tanggungjawab mereka. Tak perlu orang nak sibuk2 jaga tepi kain dia untuk mengingatkan amanah mereka. Kata Islam! so, mesti tahu benar apa kesannya bila tidak laksanakan amanah dengan baik.

Aku mempersoalkan kepada sahabat S aku, wajar tak jika aku melepaskan mereka. Sahabat S aku kata, better tanya dulu sebelum menjatuhkan sesuatu hukum ataupun mengambil sesuatu keputusan. Aku jumpa seorang lagi sahabat K aku pula, dia berkata padaku, Khalifah Saidina Uthman selalu kenang dan ingat kebaikan yang dia lakukan, tidak pula mengingatkan pada keburukan yang mereka lakukan. Lepas tu, aku mula terfikir... dan terus berfikir... menilai tindakan aku yang bagaimana memberi semua orang puas hati. :)

Apa2 pun, aku letakkan pada keredhaan Allah... Segala yang baik itu, datangnya dari Allah dan perkara yang tidak baik itu, datangnya dari Allah, atas khilaf aku sendiri dan aku sebagai perantaraan bagi-Nya kepada hamba-Nya.

0 comments:

Post a Comment