Subscribe:

Thursday, February 9, 2012

Tabir Artis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tadi layan cerita drama CHINTA di TV3. Syok la juga layan cerita yang aku labelkan cerita jenis kekeluargaan dan cinta. layan punya layan dok tengok Fasha bertudung, lawa la pula, bertubung bila ke mahkamah syariah. Klu tak, tak der nya tudung.

Yang dok jadi isu sekarang nie, bila semua artis muslimah kita nie pakai tudung, kemas, comey, jaga adab, hidup dalam syariat Islam, aku yakin 100% tak der nyer TV3 nok buat rancangan langsung MELODI. yang pengacara mengarut2.

Kadang-kadang naik menyampah pun ada. Tapi, aku pelik la, cerita macam tu boleh tarik minat remaja muda-mudi kita terutama wanita dan lelaki-pompuan layan citer gitu. Makin ghairah la prpoduksi mencari ceritera yang mengarut-ngarut.

Nak panjangkan lagi post aku kali nie, ada ka isu kawin, lepas tu tak bayar katering, lepas tu jadi isu. pelik la. Nampak dah kat situ, buka aib orang. memang, klu tak der ceritera macam nie, tak der orang nak tengok. memang pun. So, tak reti2. Bijak la sikit.

Tapi itulah ceritera sebenarnya. tapi bukan nie jer cerita yang aku nak sentuh... cerita drama lain sama jer. Rasanya, level U - tatapan umum tu, perlu letak lagi polisi dan peraturan. mana2 pelakon wanita yang tak pakai tudung, ceritera tu tak akan ditayangkaan sehinggalah dia pakai tudung. tutup sikit aurat tu... :) bereh boh.

Cuba kita letak 2 orang wanita yang 1 org pakai tudung, jaga aurat. dan 1 org lagi pakai seksi, pakai baju yang tak cukup kain. Gi berjalan di kaki 5. Confirm orang laki dok pakat tengok yang seksi, dari yg menutup aurat. Kan dah cipta 1 dosa, zina lagi dapat, zina mata. Amenda la...

Buka mata sikit. hairan betul la aku dengan diorang nie. Gaduh la peratusan rogol, anak luar nikah, rogol rela meningkat. Bukan nak kata, pucuk pimpinan sendiri tak reti pakai tudung. Ada yang pakai. pakai! terbonjol keluar sanggul kat dpn. Baik takyah pakai tudung. Just cover rambut yang perang dan luruh tu jer... Allah... Sadis la aku tengok diorang nie.

Wednesday, February 8, 2012

MENGARUT SUNGGUH!!!


Mengarut la aku baca surat khabar hari nie. Sebegitu cetek ilmu dan budaya Islam dalam jiwa para pemimpin kita sekarang nie. Sehinggakan sanggup mengatakan ulama kita patut ditarbiahkan, walhal dirinya lagi la dan tersangatlah perlu ditarbiahkan. Mengata orang tak perjuangkan Islam. menyokong yahudi israel LAKNATULLAH bagai. walhal dia? bagai duduk dibangglo tak rak. ace jual harta kekayaan dunia (duit rakyat) tu gi bantu gaza, palestin. waktu serangan ke atas negara Islam, dia tu diam plak, ace gi pakai baju askar dan pimpin askar kita gi bantu seperti mana yang dilakukan Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu yang menghantar pasukan tentera untuk membantu negara Islam yang diserang oleh musuh LAKNATULLAH. sekadar cakap, semua orang boleh cakap. aku sendiri boleh cakap. tapi, tak perlulah sehinggakan memburukkan para ulama sebabnya, ulama tidak komen atas tindakan yg dilakukan sesorang dalam statement dia terhadap yahudi israel LAKNATULLAH. amenda la... itulah... nak menarik perhatian sangat... al-maklumlah dah nak dkt dengan bulan 3 kan... mcm2 provokasi melanda dah tak kira yang mana benar, yang mana kulat. Tau2 ikut nafsu bagai. Selamatlah aku nie insan biasa... klu aku seorang yang berkuasa, memiliki pangkat, dah lama dah mana-mana pemimpin yang tidak baik dilucutkan jawatannya. sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar Abd Azizi setelah naik sebagai khalifah, 1st task yang dilakukannya, lucutkan jawatan semua pemimpin yang tidak disukai rakyat, yang menyeleweng serta tidak adil. Dan digantikan dengan pemimpi yang lebih baik. Allahuakbar! kita gologan terpelajar mampu fikir yang mana benar, yang mana tidak benar. Tepuk dada tanya Iman.

Dengar Sini Semua!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Nak conclude sikit pengalaman aku sebelum cuti semester aku bermula. Aku ke KL 27 Dis yang lalu. Niat nak hadir kenduri sepupu aku yang berkahwin. Naik bas turun di Terminal Bersepadu Selatan, TBS. Tula pertama kali aku turun bas kat situ. Selama nie, direct terus ke Pudu Raya jer.

Tapi , kali nie dapat berpeluang menjejak kaki ke TBS. Urm... nie bukan kisah sangat.

Yang nak dikisahkan, aku jadi pembaca doa waktu kak sepupu aku kawin. Huh dengar-dengar jer, mau berpeluh aku. bergeletar tangan aku baca. Sebelum nie bagi la mic tuk 3-4 jam aku boleh handle, tapi, bila baca doa mengeletar plak. Mana tidaknya nie la first time aku baca doa tuk orang kawin. Aku baca doa selamat. Klu sepupu aku cakap awal, mudah la aku prepared teks doa tu. Mana nak sempat dah. Subuh habaq mai, tengah hari tu nak baca. Pada pi cari kitab Yassin, cari doa selamat. Allah... memang Allah sentiasa menguji hamba-hambanya.

Tu satu hal, Hal yang kedua, balik saja dari KL terus ke Jerteh Terengganu, jadi MC untuk kenduri kahwin anak ke-2 pengetua kolej aku. Huh, selamat la aku ada pengalaman jadi MC dinner, so wat macam kat dinner jer la. Cuma sedikit islamik. yang jadi MC kenduri kahwin tu, aku memang puas hati dan tersangat puas hati. Habis jer bertugas jadi MC terus ke bukit kluang, Besut jalan-jalan sambil mencuci mata... tak la jahat sangat, dah takdir nak nampak tengok sudah. Itu bukan point dia, yang point dia, aku gi beli keropok lekor. 3 kilo. Aku balas. dekat RM40. Mak Aiiiiii mahal tol.

Nak kabo, aku terlupa nak mention awal tadi pasal kenduri anak pengetua aku tu di buatnya di dewan Masjid Hadhari. Akuy naik sembahyang kat masjid tu, budjet besar sangat. Urm. keluasan dia standrad jer.

Sekarang aku dok aim Masjid Kristal Kuala Terengganu. tak terlepas nak pi lagi. Tak der rezeki lagi. Lain kali KT aku ke sana.. Tunggu aku aku sampai nanti dan solat di dalam kau.

Lembaran Baru


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tu...dia lama la aku tak update blog aku. Last aku update blog aku pada 3 september 2011 sekarang dah 8 Feb 2012.

Dah masuk tahun baru kot.

Memang pejam celik, pejam celik, dah tahun baru.

Bila aku on saja FB semua orang dok ucap selamat tahun baru la, ni la macam lala aku dok baca post diorang.

Bila aku online blog-blog member aku, maka bak cendawan tumbuh selepas hujan, asyik mengucapkan selamat tahun baru 2012.

Set matlamat dan objektif baru dalam hidup la, macam-macam lagi.

So nak tegur sikit lakan, dah masuk tahun baru 2012 kan, jom pakat tingkatkan amal ibadah.

Tahun 2010 kita digemparkan dengan movie disaster 2012 (Last Day 2012).

Hah, jika betul la ramalan tu, hah... tunggu lagi.

Cepat-cepat la perbanyakkan amal kebajikan.

Aduh yai... manusia semakin lalai. Kadang-kadang aku pun alpha juga.

Konsisten dalam solat berjemaah pun macam chip more. :)

itulah manusia akhir zaman. Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, apabila akhir zaman nanti akan ada sekumpulan manusia yang imannya sekejap naik, sekejap turun.

Allah... inilah kita umat akhir zaman.

Tapi tu semua tak melunturkan semangat langsung bagi kita yang bergelar muslim remaja dalam mengejar kebahgian dunia dan mengecapi kesejahteraan akhirat.

Teringat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, janganlah berputus asa, jika ada ditelapak tangan kamu benih maka tanamlah ia walaupun esoknya hari kiamat.

Hah! dah terang tang-tang nabi nasihat jangan sesekali umat dia cepat mengalah.

Ingat semua! aku berpesan pada diri aku juga pada yang membaca post kali ini supaya menjadi pedoman dan panduan dalam mengecapi kenikmatan dalam kehidupan sebagai seorang insan dan hamba di pentas boneka dunia ciptaan-Nya.

Saturday, September 3, 2011

Aku KO Siri 1


Hari ni hari pertama aku bertugas sebagai krew minggu transformasi mahasiswa UTM. aku berfungsi sebagai ketua operasi atau dikenali as, KO. Bukan KO mati, but, Ketua Operasi. biar jelas k... Semalam aku buat postmortem aku yang pertama dengan krew2 aku, bincang pasal bertugas di Kolej 9. yang mana kami buat 2 sesi. Sesi pagi dan sesi petang.

Kemudian, turut bincang pasal gerak kerja logistik di kolej pagi nie. Banyak juga kerjanya nampak. Kerusinya, Mejanya. pakat belake tak susun lagi. urm...

lain dari tu, bincang pasal wakil krew kolej yang akan bertugas as krew pengangkutan pagi nie. banyak gak yg dibincangkan. alih-alih dapat la sorg yg sudi. huhuhuuu...

hbs tu, pakat makan kuih raya... sedap kot... hahaa... apa-apa pun, selamat hari raya, maaf zahir batin. kita continue dgn Aku KO Siri ke-2... nantikan...

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri Siri 1

Aku bersyukur pada Allah diatas kesempatan yang diberikan pada aku untuk menyambut Aidilfitri untuk kali ke 23 sempena umur aku yang ke-23. Seperti tahun-tahun sebelumnya, habis sahaja solat hari raya, aku jadi penyambut tetamu yang datang ke rumah aku. huhuhu... ramai der yg datang. Habis jer diorang semua balik, aku terus ke rumah pak jang aku, semestinya laksa jadi santapan utama di rumah pakjang aku... huhuuu sedap... lama tak makan laksa.

Lepas tu aku terus ke rumah tok guru aku, pakjang salim. perkena tapai sebiji dua. Hah! tu yang unik sikit raya nie. Tapai, manis dia, semua cukup la. Dah puas berjalan terus, balik kerumah pergh... penat tok leh nak ngoyak gapo... memang penat seh...

habis jer solat maghrib, aku tido... letak jer kepala... huh... melayang diulai mimpi... sedap tol tido...


Sambung cerita, aku pun prepared untuk esok. Esok family aku ada makan besar. Tengah hari makan besar dan BBQ belah malam nyer. Mesti best.

to be continued...


Wednesday, August 31, 2011

Ramadhan 1432H

29 hari aku berpuasa penuh, alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian dan cabaran bagi golongan umat Islam yang paling rendah sekali iaitu menahan lapar dan dahaga. Semua orang mampu tahan lapar dan dahagi. 3 hari tanpa air dah nazak seseorang tu, klu nasi plak 7 hari, dah nazak. Inikan pula puasa yg sehari (waktu siang), tak bagi impact langsung.

puasa bagi orang2 yg ada iman sikit (level 2), mampu menahan nafsu. ujian nie, mula2 aku tak tahan gak, mau tidak nyer, nafsu makan kuat, dah la nafsu makan kuat, nafsu tut....pun seiring la, apa2 pn yang aku nak kabo disini, aku dapat control. Alhamdulillah... semua didikan dan berpegang teguh dgn ajaran rasulullah SWT.

so, puasa bg orang2 yang betul2 beriman (level 3), alhamdulillah, bukan nak sombong sangat, tp aku mampu harunginya dan lakukan, sebenar2 takwa.. susah nak capai level nie, tapi aku cuba capai. selalu berdoa agar diberi taufik dan hidayah serta dikuatkan iman untuk melakukan amar makruf nahi mungkar. :)

itu dari perspektif agama. sekarang perspektif kehidupan aku plak, 29 hari aku puasa, aku tak kemana2... sekadar bantu mak ayah aku dirumah jer.. nak kuar mcm mn, duit pun tak ada. faham2 lah, student bila time cuti, apa yg ada, badan jer la.. :) aku tolong mak ayah aku sikit. apa yang patut., korang nak tahu, pak aku buka gerai di bazar ramadhan, jual lauk pauk berbuka. alhamdulillah, laku, sehari boleh la RM200. rezeki Allah tuk preparation tuk raya.

lain dari tu, aku solat terawih aku full. 1st malam, 21. start 2nd malam sampai malam ke-29 terus menerus solat 11 rakaat. macam-macam ragam aku jumpa sepanjang aku sembahyang di surau kampung aku. tahun nie, aku tak dpt tugas bilal. sebabnya aku lambat balik. so naik aku tak tersenarai la dalam senari bilal. tak mengapa lol.. hal kecil jer.... tp rindu gak nak jd bilal. last aritu, 5 tahun lepas aku jadi bilal, masa mula2 aku belajar cara2 jadi bilal :)

aku pelik betul, mana tidaknyer, umur muda2 tak puasa. klu tua tu aku fahamla. nie muda kot. harapkan muka handsome, peranagai cam tut... tak puasa. huh, dah tak puasa mengaku dpn orang ramai kabo tak puasa. nak jer aku gedebik sikit budak nie. kang nanti mak bapak budak nie cari aku plak kan.. baik tak payah... :)

aku dgn FB nie, tiap2 hari aku on. rutin aku, tiap2 hari mesti download 1 movie. mana tidaknyer, internet kat umah aku nie laju... streamx katakan... huhuhuu (bangga2...)

tup...tup... raya... berdebar rayanyer bila perutusan umumkan raya di tv3. sekali, kita raya pada 30 ogos 2011... syok nyer....

so, aku ambil kesempatan ini, sesiapa yg dok tengah membaca blog aku nie, aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin....

ariyos dari aku...