Subscribe:

Wednesday, February 8, 2012

Lembaran Baru


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tu...dia lama la aku tak update blog aku. Last aku update blog aku pada 3 september 2011 sekarang dah 8 Feb 2012.

Dah masuk tahun baru kot.

Memang pejam celik, pejam celik, dah tahun baru.

Bila aku on saja FB semua orang dok ucap selamat tahun baru la, ni la macam lala aku dok baca post diorang.

Bila aku online blog-blog member aku, maka bak cendawan tumbuh selepas hujan, asyik mengucapkan selamat tahun baru 2012.

Set matlamat dan objektif baru dalam hidup la, macam-macam lagi.

So nak tegur sikit lakan, dah masuk tahun baru 2012 kan, jom pakat tingkatkan amal ibadah.

Tahun 2010 kita digemparkan dengan movie disaster 2012 (Last Day 2012).

Hah, jika betul la ramalan tu, hah... tunggu lagi.

Cepat-cepat la perbanyakkan amal kebajikan.

Aduh yai... manusia semakin lalai. Kadang-kadang aku pun alpha juga.

Konsisten dalam solat berjemaah pun macam chip more. :)

itulah manusia akhir zaman. Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, apabila akhir zaman nanti akan ada sekumpulan manusia yang imannya sekejap naik, sekejap turun.

Allah... inilah kita umat akhir zaman.

Tapi tu semua tak melunturkan semangat langsung bagi kita yang bergelar muslim remaja dalam mengejar kebahgian dunia dan mengecapi kesejahteraan akhirat.

Teringat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, janganlah berputus asa, jika ada ditelapak tangan kamu benih maka tanamlah ia walaupun esoknya hari kiamat.

Hah! dah terang tang-tang nabi nasihat jangan sesekali umat dia cepat mengalah.

Ingat semua! aku berpesan pada diri aku juga pada yang membaca post kali ini supaya menjadi pedoman dan panduan dalam mengecapi kenikmatan dalam kehidupan sebagai seorang insan dan hamba di pentas boneka dunia ciptaan-Nya.

0 comments:

Post a Comment