Subscribe:

Thursday, February 9, 2012

Teks Pengacara Majlis Perkahwinan


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN …. & …
TEMPAT:
TARIKH:
 
 

Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak lagi bergaya, pasangan Raja Sehari; …NAMA POMPUAN... dan …NAMA LAKI…

Anak Cina memasang lukah 
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah 
Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan 
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

<MEMPELAI BERADA DI PENTAS>

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara 
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.

Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Tuan... dan Puan …. , saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua  tetamu jemputan pada hari  ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.
 

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua 
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai 
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan


Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ………………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan.


Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan dan akhirnya memutik rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.



Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.


Dengan itu, saya menjemput :



Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.
 

Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
 

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
 

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu 
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu



Hadirin sekalin, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.


Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar – gambar pasangan mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.
 

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya 
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Dr. Ab Latif Bin Ibrahim, ayahanda pengantin perempuan  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Aduhai NAMA PENGANTIN POMPUAN dan juga NAMA PENGANTIN LAKI
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar orang jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
 

Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek.


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

15 comments:

khaisya jazle said...

MOHON SAYA COPY SKRIP NI TUK MAJLIS PERKAHWINAN COUSIN SAYA

Muna Fadzil said...

Terima kasih. Saya jadikan skrip tuan sebagai panduan ya. Terima kasih sekali lagi.

nur cahaya said...

mohon kebenaran copy

AMIR M.r.A said...

mohon copy yer tuan

Sakhliza Khalid said...

Indahnya bahasa ... Terima kasih atas idea ini ... Mohon untuk copy tuan .. Swmoga tuan beroleh idea yg lebih indah lagi .. Amin

Ziad said...

mohon copy.diharapkan tuan halalkan la ye

baginda shah said...

mohon untuk menggunakan skrip ini. Salam Perkenalan (Shahadat Nordin)

Sarail Lahabun said...

menarik dan mohon dipetik.

Sarail Lahabun said...

menarik dan mohon dipetik.

cikgu firdaus said...

mohon copy skrip yg best ini yer. semoga tuan terus diberikan ilham oleh Allah S.W.T untuk terus berkarya...

Noraini Mohd Hanafiah said...

Terima kasih tuan. Mohon kebenaran tuan untuk saya jadikan skrip tuan sebagai panduan. Jazakallah.

shIDAs blog said...

terima kasih coz sudi share teks nie. sy 1st time jd MC for my best friend's wedding. I'm very nervous. wish me luck. ;)

Shazira said...

saya copy ye jadikan panduan.terima kasih atas ilmu ini

DJ Fiks said...

thanks for shared...my allah bless u.

Anin said...

Thanks for sharing.. Mohon copy yer tuan. Terima kasih

Post a Comment