TEKS PENGACARA
MAJLIS
MAJLIS PERKAHWINAN …. & …
TEMPAT:
MAJLIS PERKAHWINAN …. & …
TEMPAT:
TARIKH:
Sirih junjung berhias
indah,
Sekacip pinang pembuka
kata,
Bunga manggar kilau
bercahaya,
Datang berkunjung ke
majlis meriah,
Sejarah terukir nilai
permata,
Lembaran sejarah kini
bermula.
Diiringi paluan
kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang cantik lagi menawan,
yang segak lagi bergaya, pasangan Raja Sehari; …NAMA POMPUAN... dan …NAMA
LAKI…
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak
melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau
Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan
<MEMPELAI BERADA DI PENTAS>
Melayang serindit di atas
permatang
Merbah berkicau di hujung
muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Bismillahir Rahmanir
Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21:
Maksudnya
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.

Hari ini menugal
jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Tuan... dan Puan …. , saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua
mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis
ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ………………………………………………………………..
Orang jauh
dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan dan akhirnya memutik rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.
Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.
Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.
Puan dibawa ke Gunung
Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang
satu
Mula berkenalan kemudian
bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Hadirin sekalin, suka
duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan diijabkabulkan ingin
dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia.
Tak molek jika ada alu tiada
lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada
perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak
ada yang berbicara
Dengan itu, Majlis ingin
mempersilakan Dr. Ab Latif Bin Ibrahim, ayahanda pengantin perempuan
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Kepada pasangan pengantin, itulah
sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan
yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.
Aduhai NAMA
PENGANTIN POMPUAN dan juga NAMA PENGANTIN LAKI
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah
nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu
belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke
tanah
Didengar orang jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan
kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna,
bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut
agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

19 comments:
MOHON SAYA COPY SKRIP NI TUK MAJLIS PERKAHWINAN COUSIN SAYA
Terima kasih. Saya jadikan skrip tuan sebagai panduan ya. Terima kasih sekali lagi.
mohon kebenaran copy
mohon copy yer tuan
Indahnya bahasa ... Terima kasih atas idea ini ... Mohon untuk copy tuan .. Swmoga tuan beroleh idea yg lebih indah lagi .. Amin
mohon copy.diharapkan tuan halalkan la ye
mohon untuk menggunakan skrip ini. Salam Perkenalan (Shahadat Nordin)
menarik dan mohon dipetik.
menarik dan mohon dipetik.
mohon copy skrip yg best ini yer. semoga tuan terus diberikan ilham oleh Allah S.W.T untuk terus berkarya...
Terima kasih tuan. Mohon kebenaran tuan untuk saya jadikan skrip tuan sebagai panduan. Jazakallah.
terima kasih coz sudi share teks nie. sy 1st time jd MC for my best friend's wedding. I'm very nervous. wish me luck. ;)
saya copy ye jadikan panduan.terima kasih atas ilmu ini
thanks for shared...my allah bless u.
Thanks for sharing.. Mohon copy yer tuan. Terima kasih
Mohon jasa baik untuk saya guna teks ini. semoga Allah balas jasa dan budi baik tuan
mohon copy dan ubah suai sikit terima kasih
mohon copy dan ubai suai sikit tuan. Terima kasih, Halalkan ye.
mohon kebenaran tuan untuk saya gunakan skrip ini. terima kasih ya.
Post a Comment