Subscribe:

Monday, May 3, 2010

Koleksi Buku #1

Secara kolektifnya, masyarakat umum begitu taksub dan percaya dengan pelbagai kepercayaan tahyul dan cerita-cerita mistik dongeng sehingga adakalanya turut mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian kita. Hakikatnya, ALLAH SWT melalui firman-Nya di dalam Al-Quran dan Rasulullah SAW melalui sabda-sabdanya telah menerangkan kepada kita secara terperinci mengenai kejadian makhluk halus ini.

Buku 'Dialog Dengan Jin-Diari Seorang Perawat' ini adalah satu lagi koleksi istimewa di dalam rangkaian buku terbitan HRP. Mengapa? sudah pasti kerana buku ini mencatatkan pelbagai perjalanan dan pengalaman peribadi penulis yang juga merupakan seorang perawat ketika berhadapan dengann makhluk halus yang mengganggu manusia.

Penerbitan buku ini sama sekali tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan pembaca. Malah jika diteliti sehalusnya, ia mengandungi pelbagai ilmu yang amat bermanfaat untuk membentangi diri kita dari diganggu oleh kelompok jin dan syaitan.

Ustaz Abd. Majid Hassan pernah muncul di rancangan Expose Mistik siaran untuk Astro Prima ketika merawat salah seorang pesakitnya. Malah ramai lagi pesakit yang dirawat oleh beliau diceritakan di dalam buku ini untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman. Buku ini sarat dengan info, tips juga cara-cara untuk membenteng diri dari serangan makhluk halus dan sihir. Semua teknik yang terkandung di dalam buku ini hanya sebagai panduan. Namun iktikad kita mestilah disandarkan semata-mata kepada ALLAH SWT.

SEMOGA MEMBACA DAN BERAMAL.

0 comments:

Post a Comment